Wednesday 11 February 2015

TARIKH BARU BENGKEL KERJA DAN DIALOG PRESTASI PROGRAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) –PROGRAM j-QAF



Guru Penyelaras Program J-QAF Sekolah

Melalui,

Guru Besar
SK/SJKC
 Daerah Ranau
Sabah

Tuan,

TARIKH BARU BENGKEL KERJA DAN DIALOG PRESTASI PROGRAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) –PROGRAM j-QAF
 
Dengan segala hormatnya,  saya diarah merujuk perkara tersebut di atas.

02.          Sukacita dimaklumkan bahawa satu bengkel  kerja dan dialog Prestasi Program KPM, Program j-QAF dikendalikan oleh Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Ranau bagi Kumpulan A akan diadakan. Sehubungan itu, Guru Penyelaras Program KPM j-QAF  sekolah tuan diwajibkan menghadiri bengkel ini pada ketetapan berikut :

Tarikh                   : 23 hb Februari 2015 (ISNIN)
Masa                      : 8.00-5.00 petang
Tempat                 : SK Kilimu, Ranau
Sila bawa Laptop, Station Wires.
                                                  
03.                          Disertakan bersama surat ini, sekolah terlibat dan senarai perkara yang perlu dilengkapkan untuk dibentangkan.

04.          Mohon kerjasama dari pihak tuan agar memberi kebenaran sepenuhnya pegawai tuan untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Sebarang pertanyaan boleh hubungi En Suhailin Bin Lajimin, Ketua Unit, Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Ranau di talian 0113-2024341 (Telegram).
Segala kerjasama tuan amat dihargai.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...