Showing posts with label guru. Show all posts
Showing posts with label guru. Show all posts

Saturday, 2 April 2022

Perkongsian HABIS SILIBUS CEPAT INOVASI UNIT PEN ISLAM SPB PPD RANAU DI SMKA MOHAMAD ALI RANAU 31.03.2022 OLEH USTAZ SUHAILIN LAJIMIN PEN PPD UPI SPB PPD RANAU

 

PERKONGSIAN HABIS SILIBUS CEPAT



USTAZAH JAIMIS SAIMAN 

PENGETUA SMKA MOHAMAD ALI RANAU MEMANTAU PERLAKSANAAN PERKONGSIAN INI


EN ZULKIFLI GAKAU PKP SMKA MOHAMAD ALI RANAU UCAPAN MULA

PERKONGSIAN INI

USTAZ SUHAILIN LAJIMIN PEN PDD UPI SPB PPD RANAU YANG AKAN MEMBERI PERKONGSIAN SILIBUS HABIS CEPAT KEPADA GURU DI SMKA MOHAMAD ALI RANAU

TEKNIK PPKW NOTA





BERSAMA CIKGU MUSILIN .. PAKAR SPM BM 



CKGU WINDRA GURU CEMERLANG DG48 PK KOKUM SMKA MHAMAD ALI YANG MERUPAKAN GURU BIOLOGI SPM NO 2 PENCAPAIAN SPM BIOLOGI SPM 2020 YG TURUT TERUJA MENGIKUTI TEKNIK HABIS SILIBUS CEPAT DAN BERKESAN NI...


SUASANA KETIKA CERAMAH INI DIBERIKAN KEPADA GURU DISINI




SEUSAI MEMBERIKAN PERKONGSIAN INI

SIBERIKAN SIJIL PENGHARGAAN 

ALHAMDULILLAH SEMOGA INIVASI INI DIBUDAYAKAN DI SEKOLAH INI.


WASSALAM

Tuesday, 28 April 2015

MAKLUMAN PEMANTAUAN PENGURUSAN DAKWAH DAN SYIAR ISLAM TAHUN 2015

MAKLUMAN PEMANTAUAN PENGURUSAN DAKWAH DAN SYIAR ISLAM TAHUN 2015
10 Mac 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa maklumat lanjut mengenai pemantauan bagi Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam tahun 2015 boleh dirujuk seperti di bawah:

Instrumen Pemantauan Aktiviti Dakwah 2015

Instrumen Pemantauan Solat Berjemaah 2015

Sekian, terima kasih.

PANDUAN PELAKSANAAN KEM PEMANTAPAN SAHSIAH MURID SEKOLAH-SEKOLAH KPM (KEMPAS) TAHUN 2015

PANDUAN PELAKSANAAN KEM PEMANTAPAN SAHSIAH MURID SEKOLAH-SEKOLAH KPM (KEMPAS) TAHUN 2015
16 Mac 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa Panduan Pelaksanaan bagi Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah (KEMPAS) Tahun 2015 boleh dimuat turun melalui pautan seperti di bawah:

Surat Pemakluman Pelaksanaan KEMPAS 2015

Muka Depan Buku Panduan KEMPAS 2015

Buku Panduan KEMPAS 2015

Sekian, terima kasih.

PENTAKSIRAN SUMATIF 1 PROGRAM jQAF 2015

 

BERITA / MAKLUMAN

PENTAKSIRAN SUMATIF 1 PROGRAM jQAF 2015

20 April 2015

Sukacita dimaklumkan dokumen bagi Pentaksiran Sumatif 1 Program jQAF Tahun 2015 boleh dimuat turun melalui pada pautan di bawah:

Surat Makluman

Sumatif 1 BA 2015

Sumatif 1 Jawi 2015


Sekian, terima kasih

Sunday, 28 December 2014

MTQ 2015 KALI KE 41 PPD RANAU , NEGERI SABAH DAN KEBANGSAAN


MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH, DAERAH,NEGERI DAN KEBANGSAAN KALI KE-41 TAHUN 2015M/1436H



Pengetua Cemerlang/Guru Besar Cemerlang
Pengetua/Guru Besar
SMK/SMKA/SABK/SK/SJK(C)
89300 Ranau,
Sabah.
(up: Ketua Panitia Pendidikan Islam / Ketua Bidang Pendidikan Islam  )

Tuan,

MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH, DAERAH,NEGERI DAN KEBANGSAAN KALI KE-41 TAHUN 2015M/1436H
 
Dengan sukacitanya saya diarah merujuk perkara di atas.

02.       Bersama ini disertakan salinan surat dari Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Sektor Pendidikan Islam yang bertarikh 1 Disember 2014 dan 15 Disember 2014 dapat menerangkan maksud dengan jelas.
                                       
03.       Sehubungan itu, tuan dipohon agar memuat turun sukatan MTQ SS KPM 2015M/1436H di laman sesawang www.bulandakwah.blogspot.com.

04.       Bersama dengan surat ini disertakan takwim perlaksanaan MTQSS KPM 2015M/1436H.

05.       Sila berhubung dengan En Suhailin Lajimin jika tuan mempunyai sebarang kemusykilan di talian 0113-2024341 (wasap/telegram).

Kerjasama dan perhatian tuan dalam perkara ini amat dihargai.


Sekian dan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah,



SUHAILIN  BIN  LAJIMIN
Ketua Unit Pendidikan Islam
Pejabat Pendidikan  Daerah Ranau
89300 Ranau.

Monday, 15 December 2014

SISTEM FAIL PANITIA PEN. ISLAM SEKOLAH RENDAH

Assalamualaikkum warahmatullahi wabarakaatuh.

Perhatian kepada semua Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah Daerah Ranau.
Sistem Fail Panitia adalah seperti dinyatakan di bawah ini.





SISTEM FAIL PROGRAM J-QAF

Sunday, 23 November 2014

j-QAF



PENDAHULUAN
Program j-QAF berasaskan idea mantan YAB Dato Abdullah Bin Ahmad Badawi mantan Perdana Menteri Malaysia yang telah dinyatakan secara khusus semasa lawatannya ke Kememterian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 30 Disember 2003. Cetusan idea ini telah diperhalusi di peringkat Kementerian Pelajaran melalui satu seminar j-QAF pada 3 hingga 5 Mac 2004. Program j-QAF relah dilaksanakan secara uji kaji dalam projek rintis selama 3 bulan dan berakhir pada Julai 2004. YAB Perdana Menteri pada ketika itu telah bersetuju program ini dilaksanakan mulai tahun 2005.

KONSEP PROGRAM j-QAF
Program j-QAf adalah satu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan fardhu Ain yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus di gunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu yang sedia ada.

OBJEKTIF PROGRAM j-QAF
Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan semua murid Islam sekolah rendah akan dapat :

1. menguasai bacaan dan tulisan jawi;
2. khatam Al-Quran;
3. menguasai asas Bahasa Arab Komunokasi; dan
4. memantapkan dan menghayati malan fardhu ain.

KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF
Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakan Pendidikan Islam yang sedia ada supaya semua bidang dalam PI iaitu bidang Tilawah Al-Quran, Akidah, Ibadah, Sirah Nabawi, Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.

MODEL-MODEL PROGRAM j-QAF
1. model Kelas Pemulihan Jawi;
2. model Tasmik;
3. model 6 bulan Khatam Al-Quran;
4. model Pelaksanaan Perluasan Bahasa Arab Komunikasi,
5. model Bestari Solat (kokurikulum)

Pengukuhan Program j-QAF hendaklah dilaksanakan melalui kelab, persatuan dan aktiviti seperti berikut :

1. Kelab Seni Tulisan Jawi;
2. Kem Bina Juara;
3. Ihtifal Khatam Al-Quran;
4. Kem literasi Al-Quran; dan
5. Persatuan Bahasa Arab.

PERMOHONAN KE TINGKATAN 1 SESI 2015

 Adalah dimaklumkan bahawa Borang Permohonan ke Tingkatan 1 Sesi 2015 untuk ke Kelas Aliran Agama (KAA) boleh dimuat turun di bawah ini :

Manakala permohonan Tingkatan 1 Sesi 2015 ke sekolah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) boleh dimohon terus ke sekolah yang ingin dipohon.

Sekian untuk makluman.

Bahan Sokongan KBS 2015

Berikut adalah bahan sokongan untuk kegunaan penyelaras KBS di sekolah. Boleh digunakan untuk cetak bahan KBS dan diperbanyakkan.

Instrumen Pemantauan Kem Bestari Solat j-QAF v2014


Sila download dan buat penilaian kendiri sebagai persiapan
sebelum pemantauan dibuat oleh pihak PPD, JPN, KPM.

Klik link berikut untuk download. 

MTQSS 2015


Intipati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...