Showing posts with label KPM. Show all posts
Showing posts with label KPM. Show all posts

Tuesday, 14 February 2017

Tilawah dan Bercerita MTQSS KPM 2017


Posted by Alhuzaee bin Sulaiman, Penolong Pengarah Unit Dakwah KPM, 019-2455787 On 08:45 | No comments

Menjawab Putar Belit Syiah

Penulis Ust Abdullah bin Din

Posted by Alhuzaee bin Sulaiman, Penolong Pengarah Unit Dakwah KPM, 019-2455787 On 02:36 | No comments


Dipersilakan muatturun dan disebarkan. Penulis telah mengizinkan buku ini untuk disebarkan.

Klik disini untuk download buku ini dalam format PDF

Isi Kandungan

Mukadimah
Bab 1 – Siapa Syiah?
Sunnah Dan Syiah
Jarh Wat Ta’dil Di Sisi Syiah
Bab 2 – Menjawab Putar Belit Syiah
Hadis Tsaqalain
Hadis Ghadir Khum
Hadis ( كتاب الله وسنتي ) Tidak Sahih … Bagaimana Ahli
Sunnah Berpegang Kepada Sunnah Dan Enggan
Berpegang Kepada Itrah?
Hadis 12 Orang Khalifah
Hadis Haud
Benarkah Umar RA Menuduh Nabi SAW Nyanyuk?
Benarkah Umar Menghalang Nabi Menulis Wasiat Ali
Sebagai Khalifah Selepasnya?
Hadis Nabi Menyamakan Saidina Ali Dengan Nabi
Harun as
Ayat TATHIR ( ) , Hadis Kisa’ Dan Ahlul Bait
Ayat Wilayah
Benarkah Hadis Ali Sebaik-baik Makhluk?

Bid’ah Jauhi Perpecahan


Ust Abdullah Din

Posted by Alhuzaee bin Sulaiman, Penolong Pengarah Unit Dakwah KPM, 019-2455787 On 03:32 | No comments

Wednesday, 19 October 2016

Pembelajaran Abad Ke-21: Amalan Dan Pelaksanaan Di Sekolah


KBAT 21Rupa dan bentuk pendidikan yang sesuai dengan generasi abad ke-21 telah banyak diperkatakan dan banyak bahanbahan penulisan yang mengulas mengenai pendidikan yang mampu memenuhi harapan dan keperluan pendidikan masa kini dan masa depan. Rata-rata pakar pendidikan bersetuju bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu berubah sesuai dengan perkembangan teknologi cyber dan akses kepada internet yang semakin maju. Kaedah pengajaran konvensional seperti “chalk and talk” semata-mata kurang berhasil menarik minat murid sebaliknya memerlukan kaedah yang lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan pengajaran yang relevan sesuai dengan perkembangan semasa.

Semua pihak yang terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan perlu menyedari bahawa tiada ruang untuk tidak ikut sama melaksanakan transformasi pendidikan. Malah perubahan dalam pendidikan perlu sentiasa seiring perkembangan zaman atau selangkah kehadapan. Guruguru perlu bersedia menerima perubahan dan dapat pula mengurus perubahan dengan cekap dan berkesan agar pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih segar dan memenuhi keperluan murid.

Menyedari kepentingan guru memahami dan bersedia melakukan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan pembelajaran abad ke-21, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan inisiatif pembelajaran abad ke-21 secara rintis pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan keseluruh negara mulai tahun 2015. Justeru ANJAKAN keluaran kali ini akan membincangkan pembelajaran abad ke-21 serta berkongsi maklumat beberapa model susun atur kelas abad ke-21 sejajar dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan transformasi pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.
KBAT 21
Pelaksanaan pengajaran berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan penanda aras keberkesanan pendidikan abad ke-21 seperti dihasratkan Kementerian Pendidikan Malaysia mulai tahun 2014, iaitu selaras dengan transformasi pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

KBAT 21
Cabaran Pendidikan Abad Ke-21
KBAT 21Cabaran pendidikan abad ke-21 adalah untuk menyediakan pembelajaran yang menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan mengurus bilik darjah atau ruang pembelajaran yang lebih dinamik. Namun cabaran utama adalah bagaimana guru-guru menggunakan pelbagai sumber sokongan teknologi serta maklumat bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan berkualiti serta relevan dengan perkembangan semasa. Untuk mendepani cabaran ini, guru secara berterusan perlu mengemaskini pengetahuan (kandungan kurikulum) dan kompetensi (pedagogi PdP) supaya kekal relevan dengan keperluan semasa dan akan datang.

Wednesday, 2 March 2016

Makluman Daripada BPI KPM 2016

PERATURAN UMUM/KHUSUS DAN TAJUK KALIMATUSSOBAH (MISS) KARNIVAL DAKWAH 2016
1 Mac 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa dokumen Peraturan Umum/ Khusus dan Tajuk bagi Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah (MISS) bagi Karnival Dakwah Tahun 2016 boleh dimuat turun melalui pautan di bawah:

Peraturan Umum/ Khusus dan Tajuk bagi MISS Karnival Dakwah Tahun 2016

Sekian, terima kasih.

DOKUMEN MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA DAN PERTANDINGAN KALAM JAMAIE SEKOLAH-SEKOLAH KPM PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2016

24 Februari 2016
Sukacita dimaklumkan bahawa dokumen Majlis Khatam Al-Quran Perdana dan Pertandingan Kalam Jamaie Sekolah-sekolah KPM Peringkat Kebangsaan Tahun 2016 boleh dimuat turun melalui pautan di bawah:

Dokumen Pertandingan Kalam Jamaie Sekolah-sekolah KPM Peringkat Kebangsaan Tahun 2016

Sekian, terima kasih.

Unit Budaya dan Syiar Islam
Sektor Pembangunan Akhlak dan Syiar Islam
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia


LIRIK DAN LAGU NASYID (LAGU WAJIB) PERTANDINGAN NASYID, KARNIVAL DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH (KDSS) KPM PERINGKAT KEBANGSAAN

18 Februari 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Lirik dan Lagu Pertama (Lagu Wajib) bagi Pertandingan Nasyid sempena Karnival Dakwah Sekolah-sekolah (KDSS) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Peringkat Kebangsaan Kali Pertama boleh dimuat turun melalui pautan di bawah:

Lirik Suaramu Dakwahku
Lagu Suaramu Dakwahku: Versi Lelaki
Lagu Suaramu Dakwahku: Versi Perempuan

Sekian, terima kasih.

Unit Budaya dan Syiar Islam
Sektor Pembangunan Akhlak dan Syiar Islam
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia



DOKUMEN ANUGERAH SURAU IMARAH SEKOLAH-SEKOLAH (ASISS) KPM TAHUN 2016
5 Februari 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Dokumen Anugerah Surau Imarah Sekolah-Sekolah (ASISS) KPM Tahun 2016 boleh dimuat turun melalui pautan seperti di bawah:

Dokumen Anugerah Surau Imarah Sekolah-Sekolah (ASISS) KPM Tahun 2016


Sekian, terima kasih.



DOKUMEN PERTANDINGAN KARNIVAL DAKWAH SEKOLAH-SEKOLAH KPM TAHUN 2016
3 Februari 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Dokumen Pertandingan Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah KPM Tahun 2016 boleh dimuat turun melalui pautan seperti di bawah:
Dokumen Pertandingan Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah KPM Tahun 2016
Sekian, terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...