Tuesday 23 June 2015

SAYEMBARA PENULISAN KREATIF (INFO GRAFIK DAKWAH) PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2015



18 Mei 2015

Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia menganjurkan Sayembara Penulisan Kreatif (Info Grafik Dakwah) Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia 2015.

Definisi Info Grafik Dakwah

Karya yang menampilkan ilustrasi (gabungan ikon, gambar, warna dan informasi ringkas)  menerangkan sesuatu konsep dalam Islam dalam satu lembaran bersaiz A4.

Sunday 21 June 2015

Makluman Terkini: Fail Patch Jun Sistem ePelaporan 2015

Isnin, 15 Jun 2015

Makluman Terkini: Fail Patch Jun Sistem ePelaporan 2015

Kepada semua JU Negeri / JU Daerah / Penyelaras Data Sekolah (Aliran Perdana dan Pendidikan Khas), pihak JU Kebangsaan telah menyediakan Fail patch terkini iaitu Patch JUN untuk menyemak Ralat dan membuat Verifikasi Data Sekolah

Pihak kami turut menyediakan cadangan LANGKAH-LANGKAH PENTING sebelum semua sekolah mengeksport data untuk tujuan penghantaran data ke peringkat Daerah atau Negeri. Sila dapatkan Patch Jun dan Manual terkini di laman Muat Turun. 

Makluman dari
JUK ePEPLAPORAN PROGRAM j-QAF

BAHAN PEMBENTANGAN SEMPENA MULTAQA PENYELIA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2015

BAHAN PEMBENTANGAN SEMPENA MULTAQA PENYELIA PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2015

21 Mei 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahan Pembentangan bagi Multaqa Penyelia Pendidikan Islam Tahun 2015 boleh dimuat turun melalui pautan seperti di bawah:

Bahan Pembentangan: Multaqa Penyelia Pendidikan Islam Tahun 2015

Sekian, terima kasih.

PANDUAN PROGRAM IHYA' RAMADHAN SMKA DAN SABK TAHUN 2015



1 Jun 2015

Sukacita dimaklumkan Panduan Program Ihya' Ramadhan boleh dimuat turun di pautan di bawah:

PANDUAN PROGRAM IHYA' RAMADHAN SMKA DAN SABK TAHUN 2015

Sekian, terima kasih

BULETIN IHYA RAMADHAN BIl. 1/2015



19 Jun 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa Buletin Ihya Ramadhan Bil.1-2015 boleh dimuat turun melalui pautan seperti di bawah:

Buletin Ihya Ramadhan Bil.1-2015 (Halaman 1)

Buletin Ihya Ramadhan Bil.1-2015 (Halaman 2)

Sekian, terima kasih.

Friday 19 June 2015

JEMPUTAN MENGHADIRI MESYUARAT PERTANDINGAN KOMPANG SOLAWAT BERZANJI MARHABAN PERINGKAT DAERAH RANAU TAHUN 2015



Ketua Penitia Pendidikan Islam

Melalui,

Pengetua Cemerlang/Pengetua
Guru Besar Cemerlang/Guru Besar
SMKA/SMK/SABK/SK/SJKC
Daerah Ranau,
Sabah.

Tuan,

JEMPUTAN MENGHADIRI MESYUARAT PERTANDINGAN KOMPANG SOLAWAT BERZANJI MARHABAN PERINGKAT DAERAH RANAU TAHUN 2015
 
Dengan segala hormatnya,  saya diarah merujuk perkara di atas.

02.           Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Ranau akan mengadakan satu mesyuarat  pada ketetapan berikut :

Tarikh                    : 26 JUN 2015 (Jumaat)
Masa                       : 8.30-5.00 petang
Tempat                   : Bilik Mesyuarat UTAMA, Tingkat 1
                                  Bangunan Pentadbiran Persekutuan Ranau.
                Pengerusi               : Pn Siti Hamni Hashim
                                                  Pegawai Pendidikan Daerah Ranau

03.           Agenda mesyuarat:
                3.1 Bacaan doa
                3.2 Ucapan Aluan Pegawai Pendidikan Daerah Ranau
                3.3 Pembentangan Kertas Kerja Pertandingan KSBM Peringkat Daerah Ranau
                3.4 Penentuan tarikh dan tempat pertandingan
                3.5 Bengkel Hakim KSBM
                3. 6 Hal-hal lain

04.           Mohon kerjasama dari pihak tuan agar memberi kebenaran sepenuhnya pegawai tuan untuk menghadiri mesyuarat  tersebut. Sebarang pertanyaan boleh hubungi En Suhailin Bin Lajimin, Ketua Unit, Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Ranau di talian 0113-2024341 (Telegram) Segala kerjasama tuan amat dihargai.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...