Showing posts with label KBAT. Show all posts
Showing posts with label KBAT. Show all posts

Saturday, 22 July 2017

TEKNIK MENJAWAB SOALAN KBAT PENDIDIKAN ISLAM SPM

Pembentangan Tingkatan 4
SMK Kundasang

Gambar Ihsan SK Kinapulidan Ranau.
murid menyoal menyoal murid ( pembentang ) soalan berbentuk KBAR/ KBAT -IFAANC


Assalamualaikum...
Pada hari ini saya ingin berkongsi tentang teknik menjawab soalan KBAT yang sering diperkatakan oleh pelajar. Mudah-mudahan perkongsian ini memberi manfaat kepada calon SPM pada tahun ini.
Persoalan yang sering berlegar di minda pelajar ialah " Ini soalan KBAT atau tidak". Pelajar perlu tahu membezakan soalan KBAT dengan soalan lain kerana format jawapan KBAT berbeza dengan format jawapan soalan biasa.Kesilapan mentafsir kehendak soalan semestinya mengakibatkan pelajar kehilangan markah secara percuma.
CARA MENGESAN SOALAN KBAT :
Berikut adalah ciri-ciri soalan KBAT Pendidikan Islam :
  1. Ada stimulus/ rangsangan minda :
Setiap soalan KBAT dimulakan dengan stimulus sama ada dalam bentuk gambar, pernyataan, dialog, petikan akhbar dan lain-lain. Contohnya seperti soalan di bawah :



2. Tiada kuantiti jawapan :
Bilangan jawapan yang diminta tidak dinyatakan dalam soalan. Hal ini kerana pelajar hanya perlu mengemukakan 1 isi sahaja untuk soalan KBAT. Perhatikan soalan-soalan berikut, tiada kuantiti jawapan yang diminta dalam soalan.
  • Bagaimanakah anda menghargai nikmat Allah?
  • Pada pendapat anda, apakah kemungkinan yang akan berlaku terhadap masyarakat jika...
  • Mengapakah masih berlaku perbuatan merosakkan harta benda awam ini?
3. Peruntukan markah : 4 markah :
Peruntukan markah yang diberi diperincikan seperti berikut :
  • Isi : 1 markah
  • Huraian : 2 markah
  • Kesimpulan : 1 markah.
Oleh itu calon perlu mengemukan 1 isi, 2 huraian dan 1 kesimpulan dalam jawapan KBAT.
TEKNIK MEMBINA JAWAPAN KBAT 
1. Langkah pertama setelah anda mengenal pasti sesuatu soalan KBAT ialah mengetahui KEHENDAK SOALAN
Kehendak soalan boleh difahami melalui 'clue' yang diberi. Contohnya 'Bagaimana', 'Kenapa", "Apakah kemungkinan yang berlaku' 'Apa Pendapat'.
 Berikut ialah contoh KEHENDAK SOALAN KBAT yang paling popular :


2. Langkah kedua ialah MENYENARAIKAN ISI yang menepati kehendak soalan. Pilih satu isi sahaja yang anda yakin boleh dihuraikan dengan baik.
3. Langkah ketiga ialah MENGHURAIKAN ISI yang dipilih.
Anda boleh menghuraikan isi dengan cara berikut :
  • Memberi keterangan tambahan.
  • Memberi contoh kepada isi.
  • Memberi dalil al-quran atau hadis.
  • Memberi hikmat/kesan/punca tentang isi/isu dalam soalan.
  • Memberi perumpaan/kata-kata hikmat dan lain-lain
Anda perlu memberi 2 huraian. Untuk memudahkan pelajar menulis huraian, saya cadangkan pelajar memberi contoh untuk huraian 1 dan pelajar menyatakan kesan/hikmat untuk huraian 2.
Rujuk rajah di bawah :
RANGKA JAWAPAN KBAT
4. Langkah Keempat ialah MEMBERI KESIMPULAN.
  • Kesimpulan yang diberi hendaklah berkaitan dengan isi dan huraian. 
  • Kesimpulan tidak boleh diambil daripada ISI JAWAPAN (mengulang isi).
  • Kesimpulan hendaklah menjelaskan tentang cadangan anda terhadap isu/soalan.
Calon boleh menyatakan kesimpulan dalam bentuk ayat pengajaran. Contohnya : "Kita hendaklah..." "Kita mestilah...".
FORMAT JAWAPAN KBAT :
  • Jawapan KBAT perlu ditulis dalam satu perenggan atau karangan pendek.
  • Jawapan yang dikemukakan dalam bentuk 'point' hanya layak mendapat 1 markah.
Selamat mencuba...

Wednesday, 19 October 2016

KSSR & KSSM Semakan Mulai Tahun 2017, Apa Perubahan Yang Berlaku?



Bermula pada tahun 2017, terdapat beberapa perubahan pada Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

Antara perubahan tersebut adalah :
  1. Gabungan mata pelajaran pendidikan seni dan pendidikan muzik yang dikenali sebagai Pendidikan Kesenian. Peruntukan waktu Pendidikan Kesenian ialah 2 jam seminggu.
  2. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan digabungkan menjadi Pendidikan Jasmani & Kesihatan. Peruntukan waktu Pendidikan Jasmani & Kesihatan ialah 1.5 jam seminggu.
  3. Perubahan kepada subjek Dunia Sains dan Teknologi yang dikenali sebagai Sains. Perubahan ini mungkin disebabkan pengguguran elemen TMK @ Teknologi daripada kurikulum.
  4. Pertambahan 1 masa bagi subjek Sains tahun satu iaitu daripada 2 masa kepada 3 masa.
  5. Mengekalkan tafsiran mata pelajaran mengikut TERAS, WAJIB dan TAMBAHAN sebagaimana peruntukan Peratura-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997.
  6. BCSK dan BTSK dimasukkan dalam senarai Mata Pelajaran Tambahan bersama-sama dengan Bahasa Arab dan lain-lain, dengan peruntukan 1 jam seminggu. 
  7. Peruntukan waktu 1 jam bagi BCSK/BTSK dipindahkan kepada mata pelajaran Sains. Peruntukan waktu bagi mata pelajaran Sains kini menjadi 2 jam seminggu.
Mata Pelajaran & Peruntukan Waktu Tahap 1 (Semakan) 
Mata Pelajaran & Peruntukan Waktu Tahap 2 (Semakan) 
  • Turut berlaku perubahan di dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Pembelajaran di sekolah menengah perlu berlaku secara mendalam:

  • Membolehkan murid mendapat pengalaman bermakna dan memperoleh kefahaman yang tinggi;
  • Menggunakan pendekatan inkuiri melalui aktiviti seperti pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran berasaskan masalah dan pendekatan STEM, ke arah penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
  • KBAT diaplikasikan dalam p&p semasa melaksanakan pembelajaran secara mendalam.


MUAT TURUN SLIDE BPK UNTUK RUJUKAN:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...