Showing posts with label Kompang Solawat Berzanji Marhaban. Show all posts
Showing posts with label Kompang Solawat Berzanji Marhaban. Show all posts

Friday, 19 June 2015

JEMPUTAN MENGHADIRI MESYUARAT PERTANDINGAN KOMPANG SOLAWAT BERZANJI MARHABAN PERINGKAT DAERAH RANAU TAHUN 2015



Ketua Penitia Pendidikan Islam

Melalui,

Pengetua Cemerlang/Pengetua
Guru Besar Cemerlang/Guru Besar
SMKA/SMK/SABK/SK/SJKC
Daerah Ranau,
Sabah.

Tuan,

JEMPUTAN MENGHADIRI MESYUARAT PERTANDINGAN KOMPANG SOLAWAT BERZANJI MARHABAN PERINGKAT DAERAH RANAU TAHUN 2015
 
Dengan segala hormatnya,  saya diarah merujuk perkara di atas.

02.           Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Ranau akan mengadakan satu mesyuarat  pada ketetapan berikut :

Tarikh                    : 26 JUN 2015 (Jumaat)
Masa                       : 8.30-5.00 petang
Tempat                   : Bilik Mesyuarat UTAMA, Tingkat 1
                                  Bangunan Pentadbiran Persekutuan Ranau.
                Pengerusi               : Pn Siti Hamni Hashim
                                                  Pegawai Pendidikan Daerah Ranau

03.           Agenda mesyuarat:
                3.1 Bacaan doa
                3.2 Ucapan Aluan Pegawai Pendidikan Daerah Ranau
                3.3 Pembentangan Kertas Kerja Pertandingan KSBM Peringkat Daerah Ranau
                3.4 Penentuan tarikh dan tempat pertandingan
                3.5 Bengkel Hakim KSBM
                3. 6 Hal-hal lain

04.           Mohon kerjasama dari pihak tuan agar memberi kebenaran sepenuhnya pegawai tuan untuk menghadiri mesyuarat  tersebut. Sebarang pertanyaan boleh hubungi En Suhailin Bin Lajimin, Ketua Unit, Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Ranau di talian 0113-2024341 (Telegram) Segala kerjasama tuan amat dihargai.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Tuesday, 3 March 2015

PERTANDINGAN KOMPANG SELAWAT DAN BERZANJI MARHABAN SEKOLAH-SEKOLAH KPM TAHUN 2015 [TERKINI]

Pemakluman berkaitan Pertandingan Kompang Selawat dan Berzanji Marhaban Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2015. Sila ambil maklum berkaitan penambahbaikan yang terdapat di dalam borang penghakiman sepertimana yang dilampirkan.
Dokumen-dokumen adalah seperti berikut:
1-    Surat Pemakluman dan hebahan Pertandingan KSBM KPM Tahun 2015
2-    Takwim Pelaksanaan
3-    Peraturan dan Syarat Pertandingan KSBM KPM Tahun 2015
4-    Borang-borang Pemarkahan/Penghakiman (kemaskini)


Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Ustaz Abd Rahman Che Soh, Penolong Pengarah Unit Budaya dan Syiar Islam di talian 03-8321 7275 / 019-9390400.
Sekian, terima kasih.

Bahan Kompang Selawat & Berzanji Marhaban 2015

0.0/5 rating (0 votes)
  • Last update: 26 February 2015
  • File size: 1.37 MB
  • Downloaded: 786
 

Borang Penghakiman Kompang Selawat [Dikemaskini Februari 2015]

0.0/5 rating (0 votes)
  • Last update: 26 February 2015
  • File size: 195.85 KB
  • Downloaded: 215
 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...