Friday 5 January 2018

Rancangan Pelajaran Harian ( RPH ) MP Pendidikan Islam Ranau 2018

OPM KPPM


 13 TERTIB PEN ISLAM (10-20-20-10)MINIT
SUSUN ATUR PAPAN TULIS PEN ISLAM

============================

RPH PEN ISLAM 2019


Rancangan Pelajaran Harian yang digunakan oleh GPI di Daerah Ranau pada tahun 2018 melibatkan Pra Sekolah, Sek Rendah dan Sek Menengah.

(guru hanya sebagai pemudahcara 10-20% penglibatan dalam setiap pdpc)
( Penglibatan MURID 80%-90% dalam kelas: Sila pastikan ia berjalan baik, terkawal)
Sila jadikan Borang SKMPg2 STANDARD 4 sebagai rujukan semasa PdPc: Letak dalam BRM
Sila sertakan Panduan PdPc PAK21 dalam BRM

====================================================
ASAS RUJUKAN PEMBINAAN RPH:

1. SPI Bil 3/1999
2. DSKP KSPK PraSekolah/ DSKP PI semakan KSSR T1&T2/DSKP PI KSSM T1&T2
3. SKPMG2 Standard 4 ( RaKaBDoNPa)
4. Panduan PdPc PAK21 ( sila fahami konsep yang ditetapkan)
=======================================================
Penulisan RPH ini dibincangkan oleh JUD KSSR Pen Islam Daerah Ranau: JAWI

Rancangan Pelajaran Harian

Minggu,Tarikh, Hari, Masa,

Kelas Bil Murid, Bidang

MP,Tajuk : Ikut Buku Teks

Standard Kandungan : RUJUK DSKP

Standard Pembelajaran : RUJUK DSKP

Objektif : Formula ABCDS/MUKINPAK21 - Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat(SM/SK)/murid boleh( Prasek):

Guru yang bina sendiri objektif berdasarkan kepada murid tahap keupayaan sendiri..
* pastikan guru memasukkan unsur pencapaian tahap KBAT dalam objektif pdpc utk memaksimumkan pencapaian murid dalam setiap pdpc.
* contoh: Objektif: murid ( A)  boleh menulis ( B) kemahiran  2 daripada 3 nama al quran ( C) ilmu / dengan betul ( D )- Nilai  /secara berdua ( S ) - PdPc PAK 21

- setelah murid mencapai objektif, tambah lagi unsur KBAT. Beza al quran dgn buku lain? persamaan al quran dgn hadis? justifikasi al quran sebagai kitab yg benar? bukti al quran sebagai rujukan terbaik, buku selain al quran mengandungi pelbagai kesalahan... dan macam2 lagi.
------
STRATEGI PDPC : 
SILA PLIH BERDASARKAN KEPADA DSKP spt Berpusatkan Murid, Projek dll...
-----
i-Think / Peta Minda : Guru mengajar peta kepada murid
-----
Aktiviti PdPc:

1.  Induksi- 
 Cari PdPc PAK21 : 
LAKONAN, DRAMA, PUISI, SAJAK, NYANYIAN, NASYID...DLL... google je teknik pak21
2.Perbincangan Murid-
 Cari PdPc PAK21 :  
CAFE, PERBINCANGAN, RR, CAFE, TALAQI MUSYAFAHAH, TPS ..... RUJUK PAK21

3.Pembentangan Murid-
 Cari PdPc PAK21 : 
HS,RP,PEMBENTANGAN,3S1S, LAKONAN, DRAMA, PUISI, SAJAK, NYANYIAN, NASYID, TUNJUK CARA , GW...DLL... google je teknik pak21

4.Penilaian/Pentaksiran- FORMATIF : PENULISAN / PEMERHATIAN / LISAN

5. Penutup
 GURU MERUMUS ..


----
Kemahiran Abad 21: 
9 perkara wajib diterap dalam setiap PdPc- Rujuk DSKP ( dlm akt 12345)
----
Elemen Merentas Kurikulum
10 Elemen - Rujuk DSKP - diaplikasikan oleh murid dalam kelas ( dlm akt 12345)

=================================

Tahap Pemikiran Taksonomi Bloom/ KBAT : 

IFAANC- Sila ajar murid teknik menyoal/menjawab
- Guru Tandakan Tahap penyoalan/menjawab dalam ruang disediakan.
Contoh: Jika guru tanda Tahap Pemikiran T. Bloom ( APLIKASI ), maka beratkan teknik penyoalan TP ini. Sila ajar murid cara menjawab soalam KBAT ini.
- disertakan di bawah kata kerja yang dititikberatkan penyoalannya.

KBAR: Ingat - Faham
Mengingat: Kata Kerja: takrif, nama, label, baca,sebut, senarai, nyata, padan, pilih, kenalpasti, tanda
( Corak penyoalan : Boleh baca semula ayat ini? kata murid A kepada B.)

A soal B : Apakah nama ibu Nabi? / Apakah maksud Nabi? Cuba nyatakan nama nabi? .... disoal semasa sesi perbincangan atau pembentangan ) ... jgn lupa yell..

Memahami: KK: Sebutkan, Nyatakan, Huraikan, Bandingkan, jelaskan, kemukakan, ramalkan, terangkan, simpulkan, tulis semua dengan perkataan sendiri...

A soal B : Sebutkan nama datuk nabi?/ Apa ramalan kamu tetang kiamat? tulis semua guna ayat kamu sendiri.../ apa kesimpulan cerita ini? ....


KBAT-Aplikasi Analisis Nilai Cipta

Aplikasi:
KK- baca, tentukan, gunakan, sesuaikan, laksanakan, kaitkan, gambarkan, jelaskan, tunjukkan, simulasi, kira, bina

A soal B : Bagaimana menggunaan alat ini? Air... apa kegunannya dalam hidup? dll

Analisis: 
KK- bandingkan, sebab, bezakan, buktikan, cerakinkan, kesan, kritik, susun, simpulkan, perincikan, kenalpasti....

A soal B : Apa beza ini dengan itu? / Buktikan air itu wujud? / saya tidak setuju dengan pendapat anda, idea saya seperti ini..../ apa kesan jika manusia buat dosa-berdoa-tolong orang-pukul orang dll..


Menilai: 
KK- hujah, ramalan, cantumkan, buktikan, gabungkan, hubungkait, bahaskan, bandingkan, justifikasi, pendapat, pemarkahan

A soal B : Kemukakan hujah anda untk mempertahankan idea anda? / cuba buat hubungkait kisah ini dengan kisah sekarang?/ apa justifikasi kamu mengatakan bahawa Nabi seorang yang ummi? /

Mencipta: 
KK - simpulkan, jana idea, perincikan, perjelaskan,cadang, bukti, main peranan, justufikasi, keputusan, cipta, rancang

A soal B : Cuba simpulkan idea anda ? bagaimana menjana idea mengenai perkara ini? solat- perincikan kebaikan solat? / apa bukti air itu sejuk?/ dll.............

========================

Bahan Bantu Mengajar ( BBM ) : 
Pelbagai bentuk BBM:

Unsur Kertas: Manila Kad, Kertas a4, Kertas Majong dll
Elektronik: Cip dll
Laptop-Komputer: Power Point, Words, Excel, software dll
Papan-Board-Besi: kayu, tukul, dll
Cecair: wuduk, mandi wajib dll
media masa: surat khabar, radio, tv, internet dll.
============================

Moduler Linear :
 1. Gabung jalin mata pelajaran lain. Contoh : Tajuk Aqidah: Allah Maha Esa- murid mengabung jalin MP Sains, Matematik, Bahasa dll

2. gabung jalin bidang2 lain. Contoh : Klu mengajar sirah digabung oleh murid bidang akhlak, adab, aqidah, jawi ....
======================================

Peta Minda / Peta i-Think :
Sila galakkan murid guna perkara ini terutama dalam perbincangan - pembentangan. Kurangkan unsur ayat yang panjang
===================================

Refleksi/Impak: 
1. Guru - releksi: Hujan semasa PdPc- guru bagi kerja sendiri, guru dipanggil guru besar dll,
2. kemenjadian murid-Impak: 3/4 murid mengusai objektif dengan baik. 1/4 belum menguasai, akan di beri pemulihan.
Murid yang menguasai mengajar yang belum menguasai ( kolobrasi)

Kriteria Kejayaan: Boleh di masukkan dalam PdPc..

 
Rasional membina keseragaman RPH ini ialah:

1. disesuaikan dengan DSKP Pra Sekolah/KSSR Semakan Thn 1 dan Tahun 2/KSSM T1 dan T2 MP PI
2. selaras dengan PdPc PAK 21 : mengutamakan 4C dalam PdPc
3. selari dengan kehendak dalam SKPMg2 Standard 4 bermula dari 4.1 hingga 4.6 ( RaKABDoNPa)
4. SPI bil 3/99

Keperluan guru menguasai RPH ini:

1. Boleh menerangkan perancangan guru mengajar dalam setiap PdPc

2. SK dan SP yang amat jelas sesuai dgn kehendak DSKP

3. Penulisan objektif berdasarkan kepada ABCDS : A-Audien , B: Behevior, C: Contents, D: Degree , S: Situations.

4. KBAT dapat dijelaskan dalam penulisan objektif. Guru dapat menjelaskan bagaimana objektif itu dicapai dengan teratur, sistematik dan mudah.

KBAT iaitu Murid ( A ) dapat mencapai / mengaplikasi  B : Kemahiran ( Behevior ), C : Ilmu (Content), D: Nilai ( Degree ) menggunakan S: PdPc PAK21 ( Situations ).

Contoh : Pada Akhir PdPc murid dapat : Menyebut 3 daripada 4 nama Al-Quran dengan betul secara berkumpulan.

Murid ( A ) mencapai objektif 1 iaitu - menyebut ( kemahiran ), 3 daripada 4 nama Al-Quran ( ilmu ) , dengan betul ( nilai ),  secara kumpulan  ( Pelaksanaan PdPc Pak21 ) - melibatkan perbincangan dan pembentangan murid.

PdPc PAK21 : - Dalam AKTIVITI hanya 5 :-

Induksi : Tekaan / Ramalan - Nyanyian, Drama, Lakonan, Gambar, Puppet dll 

Perbincangan Murid : Cafe , RR , TPS, TM ...dll

Pembentangan Murid : HS, Drama, Lakonan, Syair, Sajak, Tunjuk Cara , dll

Penilaian : Formatif : Soal Jawab dalam pembentangan menggunakan Teori Tahap Pemikiran KBAT Taksonomi Bloom .... iaitu IFAANC - Ingat/ Faham/Analisis/Aplikasi/Nilai dan Cipta.

Penutup: Rumusan oleh Murid atau Guru.

Tambahan dalam PdPc: - 

1.guru perlu kepada mengajar murid cara menyoal menggunakan IFAANC. Soalan EXAM itulah yg disoal murid. Cara jawab ikut TP T.Bloom. Kalau IF : KBAR/ AANC: KBAT

2. Guru ajar murid cara menjawab KBAR... pendek dan mudah. KBAT : 1 isi, 1 Huraian, 1 Contoh, 1 Pengajaran.

3. Pdpc perlu Moduler Lenier : Kaitkan mp pada hari itu dengan tajuk lain/ subjek lain spt Ibadah, Sirah, Al-Quran atau Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Matematik tolak, tambah, sains dll.

4. 4C- aplikasikan perkara ini dalam pdpc. WAJIB ada semua perkara ini.

5. Tabahkan keseronokan PdPc dengan yell- sorak semangat dari kumpulan.

6. Semoga berjaya..

------------

Refleksi : mengenai guru- PdPc ditangguh kerana guru mesyuarat dll.
Impak : Keberkesanan pencapaian objektif. 10/10 murid menguasai objektif


Apa yang baik daripada Allah swt..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...