Sunday 28 December 2014

MTQ 2015 KALI KE 41 PPD RANAU , NEGERI SABAH DAN KEBANGSAAN


MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH, DAERAH,NEGERI DAN KEBANGSAAN KALI KE-41 TAHUN 2015M/1436H



Pengetua Cemerlang/Guru Besar Cemerlang
Pengetua/Guru Besar
SMK/SMKA/SABK/SK/SJK(C)
89300 Ranau,
Sabah.
(up: Ketua Panitia Pendidikan Islam / Ketua Bidang Pendidikan Islam  )

Tuan,

MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH, DAERAH,NEGERI DAN KEBANGSAAN KALI KE-41 TAHUN 2015M/1436H
 
Dengan sukacitanya saya diarah merujuk perkara di atas.

02.       Bersama ini disertakan salinan surat dari Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Sektor Pendidikan Islam yang bertarikh 1 Disember 2014 dan 15 Disember 2014 dapat menerangkan maksud dengan jelas.
                                       
03.       Sehubungan itu, tuan dipohon agar memuat turun sukatan MTQ SS KPM 2015M/1436H di laman sesawang www.bulandakwah.blogspot.com.

04.       Bersama dengan surat ini disertakan takwim perlaksanaan MTQSS KPM 2015M/1436H.

05.       Sila berhubung dengan En Suhailin Lajimin jika tuan mempunyai sebarang kemusykilan di talian 0113-2024341 (wasap/telegram).

Kerjasama dan perhatian tuan dalam perkara ini amat dihargai.


Sekian dan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah,



SUHAILIN  BIN  LAJIMIN
Ketua Unit Pendidikan Islam
Pejabat Pendidikan  Daerah Ranau
89300 Ranau.

Monday 15 December 2014

SISTEM FAIL PANITIA PEN. ISLAM SEKOLAH RENDAH

Assalamualaikkum warahmatullahi wabarakaatuh.

Perhatian kepada semua Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah Daerah Ranau.
Sistem Fail Panitia adalah seperti dinyatakan di bawah ini.





SISTEM FAIL PROGRAM J-QAF

Wednesday 10 December 2014

BENGKEL SEMAKAN PELAN STRATEGIK DAN SKT TAHUN 2015 SPI JPN SABAH 8-10.12.2014



Alhamdulillah Bengkel Semakan Pelan Strategik dan SKT tahun 2015 SPI JPN SABAH
berjaya dijayakan.

Semua pegawai dari SPI JPN Sabah dan semua ketua unit Unit Pendidikan Islam seluruh PPD Sabah hadir sama.

Insya Allah,  semua yang dirancangkan berjaya dicapai.







BENGKEL PUSAT ZAKAT SABAH 8.12.2014 ISNIN.

 Ø§Ù„سلام عليكم ورحمة الله

Syukur kepada Allah swt kerana bengkel yang dikendalikan oleh Pegawai Pusat Zakat Sabah kepada semua Kerani Akaun Sekolah seluruh daerah Ranau berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Terima kasih banyak kepada semua yang terlibat menjayakan bengkel ini.

Bengkel ini diketuai oleh Puan Lozita dan rombongan selaku pegawai Pusat Zakat Sabah.

Semua kerani akaun sekolah diberikan taklimat dengan baik dan seterusnya semua kerani akaun berbengkel.

Harapan yang tinggi diharapkan kepada semu guru guru Islam seluruh daerah Ranau dapat memberikan potongan gaji melalui potongan zakat yang akan dibuat oleh kerani akaun sekolah.

Hanya Allah swt yang akan membalas sumbangan kita semua.



Wednesday 26 November 2014

PERUBAHAN SYARAT PENGAMBILAN DAN PENGEKALAN MURID TINGKATAN EMPAT SMKA MULAI TAHUN 2015



PERUBAHAN SYARAT  PENGAMBILAN DAN PENGEKALAN MURID TINGKATAN EMPAT  SMKA MULAI TAHUN 2015

SYARAT LAMA
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/2010 Pelaksanaan Dasar Pengambilan dan Pertukaran Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) bagi tingkatan empat (4)

2.1    Syarat Umum:
i        Warganegara Malaysia.
ii       Murid dari:
-      Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA);
-      Kelas Aliran Agama (KAA);
-      Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK);
-      Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN);
-      Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR); dan
-      Sekolah Menengah Agama Swasta (SMAS);
iii      Lulus Ujian Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA).

2.2  Syarat akademik bagi pengambilan murid ke SMKA di Semenanjung adalah seperti berikut:
2.2.1   Aliran Sains Pengajian Islam dan Aliran Teknikal Pengajian Islam:
i. hendaklah mendapat pangkat A dalam lima (5) matapelajaran termasuk Pendidikan Islam, Sains dan Matematik serta mendapat sekurang kurangnya pangkat B dalam matapelajaran lain.


2.2.2     Aliran Satera Ikhtisas Pengajian Islam:
i.       hendaklah mendapat pangkat A dalam empat (4) matapelajaran termasuk Pendidikan Islam,  sekurang kurangnya mendapat pangkat C dalam matapelajaran Bahasa Arab dan lulus dalam matapelajaran lain.

2.3    Syarat akademik bagi pengambilan murid ke tingkatan empat (4) di Sabah, Sarawak dan Labuan adalah seperti berikut:

2.3.1 Aliran Sains Pengajian Islam dan Aliran Teknikal Pengajian Islam:
i.    hendaklah mendapat pangkat A dalam mana-mana tiga (3) matapelajaran termasuk Pendidikan Islam, sekurang kurangnya pangkat B dalam Sains dan Matematik, sekurang kurangnya pangkat C Bahasa Arab dan lulus matapelajaran lain.

2.3.2     Aliran Satera Ikhtisas Pengajian Islam
i.       mendapat pangkat A dalam mana-mana dua (2) matapelajaran termasuk Pendidikan Islam, mendapat pangkat C dalam matapelajaran bahasa Arab dan lulus dalam matapelajaran lain.

SYARAT BARU

4.1         Syarat Umum:
i.    Warganegara Malaysia
ii.  Murid dari:
-     Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA);
-     Kelas Aliran Agama (KAA);
-     Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK);
-     Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN);
-     Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR);
-     Sekolah Menengah Agama Swasta (SMAS);dan
iii. Lulus Ujian Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA).

4.2          Syarat akademik bagi pengambilan murid ke SMKA adalah seperti berikut:

i.    Memperolehi keputusan Pentaksiran Tingkatan Tiga  (PT3) dengan pencapaian minimum seperti berikut:
a.    Memperolehi Gred A dalam  mana-mana 4 mata pelajaran;
b.    Mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Matematik dan Sains;
c.     Memperolehi sekurang-kurangnya Gred C dalam Bahasa Arab;
d.    Lulus dalam mata pelajaran lain;
e.    Syarat-syarat yang telah ditetapkan hanya tertakluk kepada permohonan baru dari luar SMKA; dan
f.      Pemilihan yang dibuat oleh negeri-negeri tidak mengubah dasar yang ditetapkan oleh BPI tetapi menentukan kedudukan pemohon.
ii. Cemerlang dalam PAJSK.
iii. Penentuan ke aliran sains dan sastera berdasarkan ujian Psikometrik.


PENGEKALAN MURID TINGKATAN EMPAT  SMKA
4.3          Pengekalan Ke Tingkatan 4 bagi murid SMKA

i.  Memperolehi keputusan dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dengan pencapaian minimum seperti berikut:
a.    Sekurang-kurangnya mendapat pangkat A dalam 3 mata pelajaran;
b.    Sekurang-kurangnya mendapat gred B dalam Pendidikan Islam, Sains dan Matematik;
c.     Sekurang-kurangnya mendapat gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab; dan
d.    Lulus dalam mata pelajaran lain.
ii. Pencapaian PAJSK : Cemerlang.

Sunday 23 November 2014

j-QAF



PENDAHULUAN
Program j-QAF berasaskan idea mantan YAB Dato Abdullah Bin Ahmad Badawi mantan Perdana Menteri Malaysia yang telah dinyatakan secara khusus semasa lawatannya ke Kememterian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 30 Disember 2003. Cetusan idea ini telah diperhalusi di peringkat Kementerian Pelajaran melalui satu seminar j-QAF pada 3 hingga 5 Mac 2004. Program j-QAF relah dilaksanakan secara uji kaji dalam projek rintis selama 3 bulan dan berakhir pada Julai 2004. YAB Perdana Menteri pada ketika itu telah bersetuju program ini dilaksanakan mulai tahun 2005.

KONSEP PROGRAM j-QAF
Program j-QAf adalah satu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan fardhu Ain yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus di gunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu yang sedia ada.

OBJEKTIF PROGRAM j-QAF
Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan semua murid Islam sekolah rendah akan dapat :

1. menguasai bacaan dan tulisan jawi;
2. khatam Al-Quran;
3. menguasai asas Bahasa Arab Komunokasi; dan
4. memantapkan dan menghayati malan fardhu ain.

KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF
Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakan Pendidikan Islam yang sedia ada supaya semua bidang dalam PI iaitu bidang Tilawah Al-Quran, Akidah, Ibadah, Sirah Nabawi, Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.

MODEL-MODEL PROGRAM j-QAF
1. model Kelas Pemulihan Jawi;
2. model Tasmik;
3. model 6 bulan Khatam Al-Quran;
4. model Pelaksanaan Perluasan Bahasa Arab Komunikasi,
5. model Bestari Solat (kokurikulum)

Pengukuhan Program j-QAF hendaklah dilaksanakan melalui kelab, persatuan dan aktiviti seperti berikut :

1. Kelab Seni Tulisan Jawi;
2. Kem Bina Juara;
3. Ihtifal Khatam Al-Quran;
4. Kem literasi Al-Quran; dan
5. Persatuan Bahasa Arab.

BAHAN BENGKEL MAKLUMAT TERKINI PT3 (PENDIDIKAN ISLAM) TAHUN 2014

 Tahniah kepada semua sekolah yang telah menyertai Bengkel Perkongsian PT3 di semua daerah. Berikut adalah bahan yang boleh dimuat turun dalam perkongsian ini :

PERMOHONAN KE TINGKATAN 1 SESI 2015

 Adalah dimaklumkan bahawa Borang Permohonan ke Tingkatan 1 Sesi 2015 untuk ke Kelas Aliran Agama (KAA) boleh dimuat turun di bawah ini :

Manakala permohonan Tingkatan 1 Sesi 2015 ke sekolah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) boleh dimohon terus ke sekolah yang ingin dipohon.

Sekian untuk makluman.

Bahan Sokongan KBS 2015

Berikut adalah bahan sokongan untuk kegunaan penyelaras KBS di sekolah. Boleh digunakan untuk cetak bahan KBS dan diperbanyakkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...