Sunday 19 June 2016

Sukatan Agihan Model Khatam Al-Quran Sekolah Rendah PROGRAM j-QAF



SUKATAN MODEL KHATAM AL-QURAN PROGRAM j-QAF

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Tilawah al Quran


1. Huraikan kaedah pengajaran yang boleh digunakan bagi hasil pembelajaran aras satu, aras dua dan aras tiga di dalam pengajaran dan pembelajaran Tilawah Al- Qur’an.
 
1.0 Pendahuluan.
Terdapat berbagai kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Quran. Kaedah-kaedah ini digunakan bertujuan memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran-kemahiran dalam Tilawah al-Quran iaitu membaca, menghafaz dan memahami ayat-ayat al-Quran.. Bagi memastikan hasil pembelajaran mengikut aras tercapai, guru perlu bijak dalam memilih kaedah yang sesuai dengan tahap pelajar. Penggunaan kaedah yang pelbagai juga dapat menimbulkan minat pelajar untuk membaca, menghafaz dan memahami al-Quran.
 
2.0 Talaqqi musyafahah.
Kaedah mempelajari bacaan al-Quran yang tertua dan dipraktikkan oleh Jibril a.s kepada Rasulullah SAW dikenali sebagai “Talaqqi Musyafahah”. Caranya Jibril membaca ayat suci al-Quran kemudian Rasulullah SAW meniru bacaan tersebut dengan diperhatikan oleh Jibril. Setelah itu Rasulullah SAW terus menghafal ayat berkenaan. Seterusnya Rasulullah SAW membacakan kepada para sahabat, para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah SAW kemudian diminta dituliskan, seterusnya tulisan itu dibacakan dan dihafalkan.
 
2.1 Talaqqi.
Talaqqi pada istilah ialah pertemuan antara guru dan pelajar secara bersemuka atau berhadapan. Semasa menyampaikan pengajaran asuhan tilawah al-Quran bahagaian bacaan dan hafazan, guru berhadapan dengan pelajar sama ada seorang dengan seorang atau guru berhadapan dengan pelajar mengikut kumpulan atau secara kelas.
Kaedah ini amat berkesan kerana guru dapat mengesan pelajar yang mempunyai kebolehan yang tinggi dalam bacaan atau hafazan juga dapat mengesan pelajar-pelajar yang lemah dan tidak dapat menguasai bacaan al-Quran. Melalui kaedah talaqqi ini, guru dapat memperbaiki setiap kesalahan yang dilakukan oleh pelajar seterusnya dapat membantu pelajar yang tidak dapat menguasai bacaan al-Quran dengan mengadakan kelas pemulihan.
 
2.2 Musyafahah.
Musyafahah pada bahasa : gerakan bibir atau sebutan daripada mulut ke mulut yang diambil dari pergerakan dua bibir.
Musyafahah dari segi istilah bermakskud guru menyebut huruf dan kalimah dalam ayat al-Quran dengan memberi penekanan kepada gerakan bibir, pergerakan bibir guru yang diperhatikan oleh pelajar semasa mengajar bacaan al Quran. Aktiviti ini bertujuan untuk menyebut dengan fasih dan betul di hadapan pelajar supaya pelajar dapat mencontohi sebutan guru berdasarkan pemerhatian mereka kepada gerak bibir guru. Guru boleh mengulang-ulang sebutan kalimah atau ayat al-Quran dengan meminta pelajar memerhatikan dengan guru membetulkan sebutan tersebut.
Pelajar menerima pengajaran dengan mendengar sebutan guru dan melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya. Kaedah ini bermaksud pelajar mendengar bacaan guru sambil memerhatikan pergerakan bibir guru semasa menyebut kalimah atau ayat al Quran. Seterusnya, pelajar membaca seperti guru membaca di samping guru membetulkan sebutan dan bacaan pelajar
 
2.3 Cara melaksanakan kaedah talaqqi dan musyafahah.
Kaedah talaqqi dan musyafahah dilaksanakan dengan cara guru berhadapan dengan pelajar atau bersemuka. Guru akan memperdengarkan bacaan ayat al Quran sebagai bacaan contoh dan meminta pelajar mendengarnya dan memerhati pergerakan bibir dengan teliti. Setelah bacaan itu diulang oleh guru beberapa kali, guru meminta pelajar membacanya dan guru mendengar dengan teliti dan membetulkan kesalahan bacaan pelajar sama ada dari segi makhraj dan hukum tajwid. Kaedah ini berjalan berterusan sehingga tamat surah al Quran mengikut rancangan mengajar guru pada hari itu.

Monday 13 June 2016

PANDUAN IHYA RAMADHAN SMKA SABK TAHUN 2016




Sukacita dimaklumkan bahawa, Panduan Ihya Ramadhan SMKA SABK 2016 dan arahan pelaksanaannya boleh dimuat turun melalui pautan seperti di bawah:

Pelaksanaan Ihya Ramadhan SMKA SABK 2016
Panduan Ihya Ramadhan SMKA SABK 2016

Sekian, terima kasih.

BULETIN SYIAR RAMADHAN 1437H SIRI 1/2016





Sukacita dimaklumkan bahawa BPI telah menerbitkan Buletin Syiar Ramadan 1437H Siri 1/2016. Buletin ini boleh dimuat turun melalui pautan seperti di bawah:

Buletin Syiar Ramadan 1437H Siri 1/2016 [Halaman 1]
Buletin Syiar Ramadan 1437H Siri 1/2016 [Halaman 2]


Sekian, terima kasih.

BULETIN SYIAR RAMADHAN 1437H SIRI 2/2016



13 Jun 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa BPI telah menerbitkan Buletin Syiar Ramadan 1437H Siri 1/2016. Buletin ini boleh dimuat turun melalui pautan seperti di bawah:

Buletin Syiar Ramadan 1437H Siri 2/2016 [Halaman 1]
Buletin Syiar Ramadan 1437H Siri 2/2016 [Halaman 2]


Sekian, terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...