Thursday 27 July 2017

27.7.17 : KURSUS PEMANTAPAN PdPc PAK21 SEK MENENGAH TING 1 DAN 4 DAERAH RANAU, SABAH




 Sebelum PdPc bermula;
  Murid sedang bersiap sedia belajar PAK21

 Pembahagian Kumpulan


 

 =========================================

ARAHAN 'RULE' DALAM KELAS



 


==============================================

 INDUKSI : RAMALAN/TEKAAN

 

 


 

 

 
 ==============================================

PERBINCANGAN MURID DALAM KUMPULAN:




 

 





===============================================

PEMBENTANGAN MURID







 




 




 ===========================================
PEMENANG...
HADIAH


TERIMA KASIH KEPADA SMK KUNDASANG KHUSUSNYA KP PAI PENDIDIKAN ISLAM DAN GPI SMK KUNDASANG ATAS PERKONGSIAN PdPc MP PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 DAN 4 ( KSSM DAN KBSM)

HASIL PDPC PAK 21 :
1. SEMUA GURU PEN ISLAM BERJAYA MENYEDIAKAN RPH DENGAN BAIK, MUDAH DIFAHAMI DAN MUDAH DIIKUTI.

2. SK DAN SP WAJIB DITULIS DALAM RPH

3. OBJEKTIF ASAL SP , NAMUN GURU PERLU SESUAIKAN DGN TAHAP MURID

4. OBJEKTIF : FORMULA ABCDS

5. AKTIVITI :
INDUKSI-PERBNCANGAN MURID PAK21 - PEMBENTANGAN MURID PAK21

6. KA21, EMK, KBAT DAN PENTAKSIRAN , TP - DIFAHAMI DGN BAIK

7. SOALAN KBAT AMAT DIPRAKTIKKAN : KEBANYAKKAN SOALAN KBAT MENURUT T.BLOOM ( AANC ).

 














Saturday 22 July 2017

TEKNIK MENJAWAB SOALAN KBAT PENDIDIKAN ISLAM SPM

Pembentangan Tingkatan 4
SMK Kundasang

Gambar Ihsan SK Kinapulidan Ranau.
murid menyoal menyoal murid ( pembentang ) soalan berbentuk KBAR/ KBAT -IFAANC


Assalamualaikum...
Pada hari ini saya ingin berkongsi tentang teknik menjawab soalan KBAT yang sering diperkatakan oleh pelajar. Mudah-mudahan perkongsian ini memberi manfaat kepada calon SPM pada tahun ini.
Persoalan yang sering berlegar di minda pelajar ialah " Ini soalan KBAT atau tidak". Pelajar perlu tahu membezakan soalan KBAT dengan soalan lain kerana format jawapan KBAT berbeza dengan format jawapan soalan biasa.Kesilapan mentafsir kehendak soalan semestinya mengakibatkan pelajar kehilangan markah secara percuma.
CARA MENGESAN SOALAN KBAT :
Berikut adalah ciri-ciri soalan KBAT Pendidikan Islam :
  1. Ada stimulus/ rangsangan minda :
Setiap soalan KBAT dimulakan dengan stimulus sama ada dalam bentuk gambar, pernyataan, dialog, petikan akhbar dan lain-lain. Contohnya seperti soalan di bawah :



2. Tiada kuantiti jawapan :
Bilangan jawapan yang diminta tidak dinyatakan dalam soalan. Hal ini kerana pelajar hanya perlu mengemukakan 1 isi sahaja untuk soalan KBAT. Perhatikan soalan-soalan berikut, tiada kuantiti jawapan yang diminta dalam soalan.
  • Bagaimanakah anda menghargai nikmat Allah?
  • Pada pendapat anda, apakah kemungkinan yang akan berlaku terhadap masyarakat jika...
  • Mengapakah masih berlaku perbuatan merosakkan harta benda awam ini?
3. Peruntukan markah : 4 markah :
Peruntukan markah yang diberi diperincikan seperti berikut :
  • Isi : 1 markah
  • Huraian : 2 markah
  • Kesimpulan : 1 markah.
Oleh itu calon perlu mengemukan 1 isi, 2 huraian dan 1 kesimpulan dalam jawapan KBAT.
TEKNIK MEMBINA JAWAPAN KBAT 
1. Langkah pertama setelah anda mengenal pasti sesuatu soalan KBAT ialah mengetahui KEHENDAK SOALAN
Kehendak soalan boleh difahami melalui 'clue' yang diberi. Contohnya 'Bagaimana', 'Kenapa", "Apakah kemungkinan yang berlaku' 'Apa Pendapat'.
 Berikut ialah contoh KEHENDAK SOALAN KBAT yang paling popular :


2. Langkah kedua ialah MENYENARAIKAN ISI yang menepati kehendak soalan. Pilih satu isi sahaja yang anda yakin boleh dihuraikan dengan baik.
3. Langkah ketiga ialah MENGHURAIKAN ISI yang dipilih.
Anda boleh menghuraikan isi dengan cara berikut :
  • Memberi keterangan tambahan.
  • Memberi contoh kepada isi.
  • Memberi dalil al-quran atau hadis.
  • Memberi hikmat/kesan/punca tentang isi/isu dalam soalan.
  • Memberi perumpaan/kata-kata hikmat dan lain-lain
Anda perlu memberi 2 huraian. Untuk memudahkan pelajar menulis huraian, saya cadangkan pelajar memberi contoh untuk huraian 1 dan pelajar menyatakan kesan/hikmat untuk huraian 2.
Rujuk rajah di bawah :
RANGKA JAWAPAN KBAT
4. Langkah Keempat ialah MEMBERI KESIMPULAN.
  • Kesimpulan yang diberi hendaklah berkaitan dengan isi dan huraian. 
  • Kesimpulan tidak boleh diambil daripada ISI JAWAPAN (mengulang isi).
  • Kesimpulan hendaklah menjelaskan tentang cadangan anda terhadap isu/soalan.
Calon boleh menyatakan kesimpulan dalam bentuk ayat pengajaran. Contohnya : "Kita hendaklah..." "Kita mestilah...".
FORMAT JAWAPAN KBAT :
  • Jawapan KBAT perlu ditulis dalam satu perenggan atau karangan pendek.
  • Jawapan yang dikemukakan dalam bentuk 'point' hanya layak mendapat 1 markah.
Selamat mencuba...

DSKP KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH SEMAKAN TAHUN 1 2017 : KA21, KBAT, EMK , PENTAKSIRAN


 pak21 kssr Tahun 1 SK Tibabar Ranau














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...