Wednesday 2 November 2016

LDP Pedagogi Alaf 21 ~ Pembuka Tirai LDP Guru-Guru SMKPP


Menjelang abad 21 kini pelbagai teknologi baru digunakan untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran (pdp) .

Maka , mulai 2015 ini semua guru digalakkan untuk menggunakan pendekatan baru bagi memantapkan pdp di dalam kelas . Untuk itu semua guru SMKPP telah hadir dalam sessi LDP pertama pada tanggal 30hb Disember 2014 lalu bagi memantapkan pengetahuan mengenai pelaksanaan pedagogi Alaf 21 .

Dua fasilitator yang juga guru SMKPP dan seorang lagi guru dari  SMK Intan Perdana iaitu Pn. Bibi Sarah Binti Hasrap dan juga Pn. Maznira Binti Mohd Kuzin telah berkongsi ilmu mengenai pedagogi yang bakal dilaksanakan.

Info PdP Alaf 21 ;(Dapatan  daripada LDP)
  • PdP alaf 21 mempunyai tujuh teras utama pedagogi iaitu ;
1. Perancangan Pengajaran , Kandungan dan Penyampaian

2. Mencipta persekitaran Pengajaran yang positif

3. Pentaksiran untuk Pembelajaran

4. Pembelajaran Kolaboratif dan Koperatif

5. Kemahiran Penyoalan dan Berfikir

6. Pembezaan

7. Pengetahuan Profesional dan Refleksi

Ciri-ciri Pedagogi Alaf 21 
  • PdP alaf 21 menekankan pembelajaran secara koperatif dan koloboratif , manakala guru bertindak sebagai fasilitator di dalam kelas
  • Susun atur kerusi meja di dalam kelas pula adalah berbentuk kumpulan , bagi memudahkan murid berbincang dan berinteraksi antara satu sama lain. Pendekatan pengajaran menggalakkan penggunaan teknologi maklumat (ICT) sesuai dengan peredaran masa yang kini terdedah dengan internet dan aplikasi media yang lain.
  • Guru perlu menulis objektif pembelajaran  di papan putih supaya murid jelas matlamat aktiviti yang dijalankan .
  • melibatkan persekitaran pembelajaran emosi dan pembelajaran fizikal 
PERSEKITARAN PEMBELAJARAN EMOSI :
  • Guru menetapkan peraturan murid perlu mematuhi peraturan dan rutin yang ditetapkan .
  • Murid ditekankan dengan ganjaran dan akibat
  • Guru mempamer dan menggalakkan harapan yang jelas dan tinggi berdasarkan rasa hormat, penghargaan , empati dan persefahaman 
  • Bahasa positif , kata - kata semangat dan motivasi perlu ada dalam pdp.
PERSEKITARAN PEMBELAJARAN FIZIKAL


  • Sessi pdp diadakan dalam keadaan selesa, selamat , cekap dan mesra
  • Susun atur melibatkan pembelajaran berpusatkan murid , sesuai dengan usia dan mata pelajaran 
  • Menyediakan peluang murid akses sumber pembelajaran 
  • Bahan pembelajaran dan hasil kerja murid dipamerkan.
PERBEZAAN DI ANTARA PEDAGOGI KONVENSIONAL DAN ALAF 21

 Dimensi 
 KONVENSIONAL
 ALAF 21
 ASAS PEDAGOGI
Memberi maklumat 
 Membina maklumat
 FOKUS PEMBELAJARAN
 Isi Pelajaran 
 Belajar untuk belajar
 STRATEGI PEMBELAJARAN
Berinteraksi
Bekerjasama dan berinteraksi 
 MATLAMAT PEMBELAJARAN
 kawalan luaran 
Autonomi 
 TEORI PEMBELAJARAN
 Tingkah laku
kognitif 
 PERANAN GURU
 Mengajar
Fasilitator 
 KAEDAH PENGAJARAN
 Terhad
 Terbuka
 PENDEKATAN PEMBELAJARAN
 Luaran
Mendalam 
 STRUKTUR PEMBELAJARAN
 Tetap 
Fleksibel 
 MODEL PENGAJARAN
 Berpusatkan guru 
 Berpusatkan murid
 OBJEKTIF PEMBELAJARAN
 Pemindahan maklumat
Pertukaran idea/pemikiran 
 KAEDAH PEMBELAJARAN
 Pasif
Aktif 

Dapatan daripada LDP ini maka dapat dirumuskan ;persediaan berikut untuk melaksanakan pdp abad ke 21 ;

*Guru- guru yang melaksanakan pdp alaf 21 perlu ada;

1. Guru menunjukkan dan memberitahu objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan  kepada semua murid di dalam kelas sebelum memulakan sessi pdp. [Guru boleh menulis dan menampal objektif dan kriteria kejayaan itu di atas papan tulis.] Murid lihat dan baca.

 ~  Objektif pembelajaran ditulis lebih umum .

manakala kriteria kejayaan ditulis secara khusus.

Contoh :

Objektif pembelajaran : Murid dapat menyenaraikan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia .

Kriteria kejayaan : Murid dapat menyenaraikan lima negeri -negeri di Semenanjung Malaysia. 

2. Lampu isyarat( atau dipanggil traffic light) - diperbuat daripada kadbod/ manilakad atau kad berwarna dan mempunyai icon wajah yang menggambarkan faham , kurang faham  dan tidak faham . Ia bagi kegunaan murid  menunjukkan aras pemahaman mereka sekaligus membantu guru mengecam murid yang kurang memahami subjek yang diajar.

contoh icon traffic light : Guru boleh perbanyakkan icon ini untuk diberi kepada semua murid untuk menggambarkan kefahaman mereka kepada guru semasa sessi pembelajaran berlangsung.

.i) menggambarkan faham
icon ini murid tunjuk pada guru - menggambarkan " saya faham cikgu"
ii) menggambarkan tidak faham 
icon ini murid tunjuk pada guru - menggambarkan " saya tidak faham cikgu"
iii) menggambarkan masih keliru atau kurang faham 
icon ini murid tunjuk pada guru  - menggambarkan " saya masih keliru cikgu"


3. Anchor activiti : aktiviti pengukuhan bagi murid yang sudah memahami pembelajaran , boleh meneruskan aktiviti pengukuhan dengan menggunakan latihan yang disediakan dalam sudut anchor aktiviti.

4. Parking Lot - untuk kegunaan murid yang malu bertanya jika tidak faham apa yang guru sampaikan boleh menulis mesej / soalan yang mahu ditanya kepada guru dan menampal kertas itu di board yang dinamakan 'parking lot'.

5. Sudut hasil kerja murid perlu diwujudkan bagi mempamerkan hasil kerja murid pada hari guru mengajar. Sudut ini boleh diadakan di sudut matapelajaran supaya semua murid dapat berkongsi hasil kerja rakan mereka.

6. Papan ganjaran - Murid yang bergerak secara berkumpulan boleh dimotivasikan dengan papan ganjaran , di mana jika kumpulan berjaya memenuhi kehendak guru atau memenuhi kriteria kejayaan dalam pdp pada hari berkenaan boleh diberi ganjaran / bintang untuk ditampal di atas papan ganjaran.
Ini menggalakkan sikap ingin berlumba sesama mereka  bagi mendapatkan ganjaran /.

* Satu perkara yang perlu diambil perhatian oleh semua guru ialah, pedagogi abad ke 21 tidak semestinya menggunakan laptop serta LCD tetapi yang utama adalah pdp itu  berpusatkan murid dan guru bertindak sebagai fasilitator.

Berikut adalah contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) pdp abad ke 21 untuk panduan semua guru;

Contoh RPH Bahasa Melayu
Subjek  : BAHASA MELAYU
Tema     : (Dari teks)
Masa     :…………………………….
Topik     : Karangan Fakta (cth)
Bil. Murid:……………………………..
Kemahiran Bahasa           : Mendengar/Bertutur/Membaca/ Menulis
Kelas        :……………………………..
Sistem Bahasa: Tatabahasa/ kosa kata/ ejaan/sebutan & intonasi/Peribahasa
Ilmu:
FU:
Nilai:
FS:
KBT:
Objektif Pembelajaran (LO)
Pada akhir pelajaran,
murid-murid akan dapat:
(mesti boleh diukur)
Kriteria Kejayaan (SC)
Murid akan berjaya jika mereka boleh:
Ikut aras pelajar – lemah, sederhana,cemerlang
Penilaian Pembelajaran  (PBS)
Konsep Penting/ Kosa Kata/ Frasa Menarik
BBM/ Sumber
Cth: IMBaKUP
Rangka Perancangan
Individu
Pasangan
Kumpulan
Keseluruhan
Aktiviti
Individu
Pasangan
Kumpulan
Keseluruhan
Plenari
(Penutupan)
Individu
Cth: Guru meminta murid membuat rumusan tentang pelajaran pada hari itu.
Pasangan
Kumpulan
Keseluruhan
Kerja Rumah
Cth. Menulis karangan yang lengkap
Impak/ Refleksi
Pencapaian objektif Pembelajaran
Tindakan susulan
Penambahbaikan PdP
23/25 orang murid mencapai objektif
2 orang murid lagi akan diberi bimbingan selanjutnya.
i.                     BBM yang lebih sesuai












Monday 24 October 2016

Peta I think

PDF Print E-mail
Berikut ialah peta  I THINK yang semua warga abad ke 21 patut tahu:






Peta Pemikiran iTHINK


Program iTHINK telah diperkenalkan sejak tahun 2012 di beberapa buah sekolah perintis. Pada tahun 2013, beberapa buah sekolah lagi telah dipilih sebagai sekolah perintis dan SMK Putatan adalah salah sebuah sekolah yang dipertanggungjawabkan untuk membawa iTHINK ke dalam PdP. Sebenarnya bahan di bawah ini adalah bahan tahun lepas yang saya kongsi sekarang.
  1. Helaian Edaran contoh-contoh lapan peta pemikiran iTHINK yang saya sediakan untuk rujukan guru-guru yang melatih pelajar-pelajar ketika sesi kursus dan bengkel ithink peringkat pelajar . Muatturun contoh Cikgu Rithuwan – 8 peta pemikiran ithink  fail PDF di sini.
  2. Lagu Tema Rasmi Pelancaran Program iTHINK SMK Putatan. Liriknya dicipta bersama oleh saya, En. Rithuwan  dan Pn. Norsiah. Lagu dan melodi oleh saya juga di samping bantuan muzik Pn. Veronica. Nak dengar lagu serta membaca liriknya? Sila klik sini.
  3. Modul Contoh Peta Pemikiran iTHINK untuk Prinsip Perakaunan Tingkatan Empat : [ Bab 1 ] [ Bab 2 ] – lembaran edaran
  4. Modul Contoh Peta Pemikiran Berjawapan / Hasilan untuk Prinsip Perakaunan Tingkatan Empat : [ Satu sahaja ]
Contoh lapan peta pemikiran, thinking map, yang dijadikan rujukan seperti berikut:
peta i-think 1 - peta bulat -contoh soalan dan peta pemikiran oleh cg rithuwan nasir peta i-think 2 - peta buih -contoh soalan dan peta pemikiran oleh cg rithuwan nasir peta i-think 3 - peta buih berganda -contoh soalan dan peta pemikiran oleh cg rithuwan nasir peta i-think 4 - peta pokok -contoh soalan dan peta pemikiran oleh cg rithuwan nasir peta i-think 5 - peta dakap -contoh soalan dan peta pemikiran oleh cg rithuwan nasir peta i-think 5 - peta dakap vs peta pokok - contoh soalan dan peta pemikiran oleh cg rithuwan nasir peta i-think 6 - peta alir 1-contoh soalan dan peta pemikiran oleh cg rithuwan nasir peta i-think 6 - peta alir 2-contoh soalan dan peta pemikiran oleh cg rithuwan nasir peta i-think 7 - peta pelbagai alir -contoh soalan dan peta pemikiran oleh cg rithuwan nasir peta i-think 8 - peta titi -contoh soalan dan peta pemikiran oleh cg rithuwan nasir

i-THINK


iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia.
Kenapa Diwujudkan Program iTHINK?
Pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program iTHINK ialah adalah bertujuan untuk  melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk  kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.

Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program iTHINK.


Peta Pemikiran
Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan.
1.  Circle Map (Peta Bulatan)
Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.
2. Bubble Map (Peta Buih)
Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.
3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu

4. Tree Map (Peta Pokok)
Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.
5. Brace Map (Peta Dakap)
Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.
6. Flow Map (Peta Alir)
Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.
7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)
Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.
8. Bridge Map (Peta Titi)
Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.

Wednesday 19 October 2016

KSSR & KSSM Semakan Mulai Tahun 2017, Apa Perubahan Yang Berlaku?



Bermula pada tahun 2017, terdapat beberapa perubahan pada Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

Antara perubahan tersebut adalah :
  1. Gabungan mata pelajaran pendidikan seni dan pendidikan muzik yang dikenali sebagai Pendidikan Kesenian. Peruntukan waktu Pendidikan Kesenian ialah 2 jam seminggu.
  2. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan digabungkan menjadi Pendidikan Jasmani & Kesihatan. Peruntukan waktu Pendidikan Jasmani & Kesihatan ialah 1.5 jam seminggu.
  3. Perubahan kepada subjek Dunia Sains dan Teknologi yang dikenali sebagai Sains. Perubahan ini mungkin disebabkan pengguguran elemen TMK @ Teknologi daripada kurikulum.
  4. Pertambahan 1 masa bagi subjek Sains tahun satu iaitu daripada 2 masa kepada 3 masa.
  5. Mengekalkan tafsiran mata pelajaran mengikut TERAS, WAJIB dan TAMBAHAN sebagaimana peruntukan Peratura-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997.
  6. BCSK dan BTSK dimasukkan dalam senarai Mata Pelajaran Tambahan bersama-sama dengan Bahasa Arab dan lain-lain, dengan peruntukan 1 jam seminggu. 
  7. Peruntukan waktu 1 jam bagi BCSK/BTSK dipindahkan kepada mata pelajaran Sains. Peruntukan waktu bagi mata pelajaran Sains kini menjadi 2 jam seminggu.
Mata Pelajaran & Peruntukan Waktu Tahap 1 (Semakan) 
Mata Pelajaran & Peruntukan Waktu Tahap 2 (Semakan) 
  • Turut berlaku perubahan di dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Pembelajaran di sekolah menengah perlu berlaku secara mendalam:

  • Membolehkan murid mendapat pengalaman bermakna dan memperoleh kefahaman yang tinggi;
  • Menggunakan pendekatan inkuiri melalui aktiviti seperti pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran berasaskan masalah dan pendekatan STEM, ke arah penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
  • KBAT diaplikasikan dalam p&p semasa melaksanakan pembelajaran secara mendalam.


MUAT TURUN SLIDE BPK UNTUK RUJUKAN:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...