Showing posts with label Semakan KSSR dan KSSM 2017. Show all posts
Showing posts with label Semakan KSSR dan KSSM 2017. Show all posts

Monday, 14 August 2017

14.8.2017 RABU : SK KEMBURONGOH MP PEN ISLAM TAHUN 1 PROGRAM PEMANTAPAN PEDAGOGI PdPc pak21 GURU PENDIDIKAN ISLAM 2017




 Ahamdulillah, pagi ni selepas ke SK Pahu Himbaan bertolak ke Sk Kemburongoh. Jarak 5 KM dr SMK sekolah PH. Ustazah Suzi nama ustazahnya sudah bersedia mengajar PAK21 mata pelajaran pendidikan ISlam tahun 1.

Guru dan JUd berbincang cara penulisan RPH Pen ISlam daerah Ranau. Menulis RPH berpandukan DSKP dan RPT. Tajuk dipilih iaitu 2 suku kata terbuka.

========================================== 
Seting papan tulis kepada 3 bahagian. Kanan : Tarikh/hari/objektif/KK. Tengah : MP/Tajuk/Aktiviti Murid/ Kiri : Markah/Tema
  ===============================



Arahan guru ;
Guru sedang mengarahkan kumpulan dibentuk berdasarkan kepada tema KERETA. Murid diketuai oleh murid berbincang dalam kumpulan dan Waja dan Myvi menjadi nama kumpulan. Seterusnya murid diajar utk mencipta yeild( sorak semangat kumpulan)

===========================================

Induksi :
Guru mengarahkan murid menyanyikan lagu KeretaKU Warna Merah.
Murid menyanyikan sambil bertepuk tangan... meriah sungguh.
selesai menyanyi, murid bersoal jawab dengan guru... sehingga la murid dapat menyebut kata terbuka..


===============================

PERBINCANGAN MURID DALA KUMPULAN:

Ustazah menerangkan apa pelajaran pada hari ni... menerangkan objektif pdpc dan KK. Murid diajar  menulis dari lagu tadi yg ada 2 suku kata terbuka. 
ia ditulis dalam rumi dan dijawikan.
Bapa-dari-kota-mari-

Menggunakan kaedah PAK21 : TPS- murid menjawikan perkataan tadi. dalam masa 15 minit, guru memudahcara pdpc.




==========================================

PEMBENTANGAN MURID : KAEDAH HOT SEAT

Guru arahkan murid berbincang cara mengeja dan menulis isi pelajaran dalam kumpulan. selepas itu guru memilih seorang murid ke depan untuk menerangkan cara menulis jawi perkataan tadi. 
Murid membaca dan mengeja huruf demi huri dan ianya telah bersambung.
Murid dari kumpulan lain dikehendaki menyoal dan diberi markah kumpulan, murid depan dan kawan kumpulannya pula menjawab soalan tadi.

PdPc amat menyeronokkan murid...







================================
PENILAIAN :

Soal jawab / Pemerhatian / Kerja Kumpulan / Latihan

Penghargaan :
Murid memberikan penghargaan hasil kawan-kawannya... 
berupa bintang dan diberikan BONUS dalam jumah markah.
Markah kumpulan adalah sama... hebat.
Tahniah.

===================
 Penutup:

Guru menyuruh murid menyimpulkan PdPc pada hari ini.

Tahniah...................

======================================

PERKONGSIAN:-

1. GURU BERSEMANGAT MENGADAKAN PDPC PAK 21
2. DSKP MENJADI RUJUKAN UTAMA
3. SETING PAPAN TULIS YANG SIMPEL
 4. TEMA KERETA - MURID SUKA
5. INDUKSI MENANYI LAGU MUDAH ..
6. BBM - KERTAS A4 YG MUDAH DAN RINGKAS DAN MENCAPAI OBJEKTIF
7. MURID BERKOLABORATIF DAN BERKOMUNIKASI
8. 4K DITERAPKAN DALAM PDPC
9. SOALAN KBAT YG MUDAH TAPI MENGUJI MINDA..
10. PENGHARGAAN KERJA MURID






























Wednesday, 19 October 2016

KSSR & KSSM Semakan Mulai Tahun 2017, Apa Perubahan Yang Berlaku?



Bermula pada tahun 2017, terdapat beberapa perubahan pada Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

Antara perubahan tersebut adalah :
  1. Gabungan mata pelajaran pendidikan seni dan pendidikan muzik yang dikenali sebagai Pendidikan Kesenian. Peruntukan waktu Pendidikan Kesenian ialah 2 jam seminggu.
  2. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan digabungkan menjadi Pendidikan Jasmani & Kesihatan. Peruntukan waktu Pendidikan Jasmani & Kesihatan ialah 1.5 jam seminggu.
  3. Perubahan kepada subjek Dunia Sains dan Teknologi yang dikenali sebagai Sains. Perubahan ini mungkin disebabkan pengguguran elemen TMK @ Teknologi daripada kurikulum.
  4. Pertambahan 1 masa bagi subjek Sains tahun satu iaitu daripada 2 masa kepada 3 masa.
  5. Mengekalkan tafsiran mata pelajaran mengikut TERAS, WAJIB dan TAMBAHAN sebagaimana peruntukan Peratura-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997.
  6. BCSK dan BTSK dimasukkan dalam senarai Mata Pelajaran Tambahan bersama-sama dengan Bahasa Arab dan lain-lain, dengan peruntukan 1 jam seminggu. 
  7. Peruntukan waktu 1 jam bagi BCSK/BTSK dipindahkan kepada mata pelajaran Sains. Peruntukan waktu bagi mata pelajaran Sains kini menjadi 2 jam seminggu.
Mata Pelajaran & Peruntukan Waktu Tahap 1 (Semakan) 
Mata Pelajaran & Peruntukan Waktu Tahap 2 (Semakan) 
  • Turut berlaku perubahan di dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Pembelajaran di sekolah menengah perlu berlaku secara mendalam:

  • Membolehkan murid mendapat pengalaman bermakna dan memperoleh kefahaman yang tinggi;
  • Menggunakan pendekatan inkuiri melalui aktiviti seperti pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran berasaskan masalah dan pendekatan STEM, ke arah penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
  • KBAT diaplikasikan dalam p&p semasa melaksanakan pembelajaran secara mendalam.


MUAT TURUN SLIDE BPK UNTUK RUJUKAN:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...