Thursday 5 February 2015

BENGKEL HAKIM MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN NASYID (MTQSS) PERINGKAT DAERAH RANAU 2015



KETUA BIDANG/ KETUA PANITIA
 PENDIDIKAN ISLAM

Melalui,
Pengetua Cemerlang/Pengetua
Guru Besar Cemerlang/ Guru Besar
SMK/SMKA/SABK/SK/SJKC
 Daerah Ranau
Sabah

Tuan,

BENGKEL HAKIM MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN NASYID (MTQSS) PERINGKAT DAERAH RANAU 2015
 
Dengan segala hormatnya,  saya diarah merujuk perkara tersebut di atas.

02.       Sukacita dimaklumkan bahawa satu bengkel  hakim yang dikendalikan oleh Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Ranau akan diadakan sempena Majlis Tilawah Al-Quran dan Nasyid MTQSS Peringkat Daerah Ranau tahun 2015. Sehubungan itu, Ketua Bidang/Ketua Panitia Pendidikan Islam  sekolah tuan dikehendaki menghadiri bengkel ini pada ketetapan berikut :

Tarikh             : 12 hb Febuari 2015 ( KHAMIS )
Masa               : 7.00-5.00 petang
Tempat            : Bilik Mesyuarat UTAMA,
                                      Tingkat 1 Kompleks Pentadbiran Persekutuan Ranau

03.       Disertakan bersama jadual bengkel yang akan dijalankan.

04.       Mohon kerjasama dari pihak tuan agar memberi kebenaran sepenuhnya pegawai tuan untuk menghadiri bengkel tersebut. Sebarang pertanyaan boleh hubungi En Suhailin Bin Lajimin, Ketua Unit, Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Ranau di talian 013-8888621/0113-2024341 (Telegram).
Segala kerjasama tuan amat dihargai.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah,



( SITI HAMNI BINTI HASHIM )
Pegawai Pendidikan Daerah Ranau
Pejabat Pendidikan Daerah Ranau
89300 Ranau.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...