Thursday, 5 February 2015

BENGKEL HAKIM MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN NASYID (MTQSS) PERINGKAT DAERAH RANAU 2015



KETUA BIDANG/ KETUA PANITIA
 PENDIDIKAN ISLAM

Melalui,
Pengetua Cemerlang/Pengetua
Guru Besar Cemerlang/ Guru Besar
SMK/SMKA/SABK/SK/SJKC
 Daerah Ranau
Sabah

Tuan,

BENGKEL HAKIM MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN NASYID (MTQSS) PERINGKAT DAERAH RANAU 2015
 
Dengan segala hormatnya,  saya diarah merujuk perkara tersebut di atas.

02.       Sukacita dimaklumkan bahawa satu bengkel  hakim yang dikendalikan oleh Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Ranau akan diadakan sempena Majlis Tilawah Al-Quran dan Nasyid MTQSS Peringkat Daerah Ranau tahun 2015. Sehubungan itu, Ketua Bidang/Ketua Panitia Pendidikan Islam  sekolah tuan dikehendaki menghadiri bengkel ini pada ketetapan berikut :

Tarikh             : 12 hb Febuari 2015 ( KHAMIS )
Masa               : 7.00-5.00 petang
Tempat            : Bilik Mesyuarat UTAMA,
                                      Tingkat 1 Kompleks Pentadbiran Persekutuan Ranau

03.       Disertakan bersama jadual bengkel yang akan dijalankan.

04.       Mohon kerjasama dari pihak tuan agar memberi kebenaran sepenuhnya pegawai tuan untuk menghadiri bengkel tersebut. Sebarang pertanyaan boleh hubungi En Suhailin Bin Lajimin, Ketua Unit, Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Ranau di talian 013-8888621/0113-2024341 (Telegram).
Segala kerjasama tuan amat dihargai.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah,



( SITI HAMNI BINTI HASHIM )
Pegawai Pendidikan Daerah Ranau
Pejabat Pendidikan Daerah Ranau
89300 Ranau.

Saturday, 31 January 2015

30.1.2015 Jumaat Mesyuarat PBS MATA PELAJARAN PEN ISLAM & B.ARAB KALI PERTAMA 2015 DI DEWAN MUTIARA SMK LOHAN RANAU




Alhamdulillah, Mesyuarat PBS kali 1 2015 ini berjaya mencapai objektifnya.
1. Pentaksir MP Pen Islam
2.Pentaksir MP B.Arab
3.Melantik JU Pen Islam dan B.Arab Sekolah Menengah Menengah Rendah Daerah Ranau
4. Program Klinik Mata Pelajaran Pen Islam dan B.Arab 2015
5. Klinik Menjawab Mata Pelajaran Pen. Islam, B.Arab dan Tasawwur Islam SPM 2015
6. Program Ibadah Haji SMK Men Atas
7. Program Sembelihan
8.Program Cara Mandi Jenazah

Insya Allah akan dapat dilaksanakan

Monday, 19 January 2015

MESYUARAT PANITIA P.ISLAM DAN B.ARAB PPD RANAU PERTAMA/2015 19.1.2015 ISNIN 0800AM BILIK GERAKAN SMKA MOHAMMAD ALI RANAU





Alhamdulillah, Mesyuarat pertama Paniti Pendidikan Islam telah dilaksanakan pada hari ini.
Semua ageda telah berjaya diselesaikan.

Harap semua ustaz ustazah yang dilantik menerajui Pendidikan Islam akan bekerja keras untuk mencapai objektif dan matlamat pendidikan Islam.

Antara Isi mensyuarat :

Amanat daripada PPD Ranau, Pn Siti Hamni Hashim:
- Seuma GPI Ranau bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk mengajar anak-anak di sekolah supaya berjaya menguasai ilmu asas Fardu Ain dan agama Islam.
-Komited dengan tugas
-Ikhlas dalam memperjuang dan membangunkan aspirasi murid

Amanat KU:
- Ikhlas , mengajar P.Islam dan B.Arab adalah berpahala dan akan berterusan
- Semua Program KPM hendaklah dijalankan dengan baik dan sempurna
-Pemantauan akan dan sentiasa dilaksanakan oleh SPI,Nazir dan PPD
-Fail di sekolah hendaklah tersusun
-KPI UPI PPD Ranau telah dibentuk
-Perpindahan Guru j-QAF di Daerah Ranau berdasarkan kepada keperluan
-Pendaftaran ke SMKA sedang berjalan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...