Pages
- Utama
- PROGRAM j-QAF
- e-Pelaporan
- Mahrajan j-QAF
- Pautan Penting
- MISS
- MTQSS & Festival Nasyid
- Instrumen Pemantauan
- PAFA
- PKSR
- Kurikulum Menengah
- Kurikulum Rendah
- Surat Pekeliling
- Dasar KPM
- Semasa :Program Unit Pendidikan Islam
- Downloads / Muat Turun
- Berita Semasa
- Tazkirah
- Isu Semasa Pendidikan
- Taklimat Penting
Tuesday, 5 January 2016
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM j-QAF
16 Disember 2015
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan Garis Panduan Pelaksanaan Program j-QAF. Sehubungan dengan itu, maklumat tersebut boleh dimuat turun pada pautan di bawah:
Surat Garis Panduan BPI
Surat Garis Panduan TKP
Panduan Pelaksanaan Program j-QAF Terkini
Sekian, terima kasih
BAHAN KEM CEMERLANG JAWI
6 Januari 2016
Sukacita dimaklumkan bahawa Kem Cemerlang Jawi akan diteruskan pelaksanaan sebagaimana yang telah dimaklumkan sebelum ini. Bahan untuk kem tersebut boleh di muat turun pada pautan di bawah:
Bahan Kem Cemerlang Jawi
Sekian, terima kasih
Sunday, 3 January 2016
Sunday, 15 November 2015
Friday, 13 November 2015
Ayat AL Qur ‘an Tentang Rezeki
An Nisa : 79
Al Baqarah ( 2 ) : 58
وَإِذْ قُلْنَا ادْخُلُواْ هَـذِهِ الْقَرْيَةَ فَكُلُواْ مِنْهَا حَيْثُ شِئْتُمْ رَغَداً
وَادْخُلُواْ الْبَابَ سُجَّداً وَقُولُواْ حِطَّةٌ نَّغْفِرْ لَكُمْ خَطَايَاكُمْ
وَسَنَزِيدُ الْمُحْسِنِينَ
“Dan
(ingatlah), ketika Kami berfirman: "Masuklah kamu ke negeri ini (Baitul
Maqdis), dan makanlah dari hasil buminya, yang banyak lagi enak dimana
yang kamu sukai, dan masukilah pintu gerbangnya sambil bersujud, dan
katakanlah: "Bebaskanlah kami dari dosa", niscaya Kami ampuni
kesalahan-kesalahanmu, dan kelak Kami akan menambah (pemberian Kami)
kepada orang-orang yang berbuat baik".
Al Baqarah ( 2 ) : 60
وَإِذِ اسْتَسْقَى مُوسَى لِقَوْمِهِ فَقُلْنَا اضْرِب بِّعَصَاكَ الْحَجَرَ
فَانفَجَرَتْ مِنْهُ اثْنَتَا عَشْرَةَ عَيْناً قَدْ عَلِمَ كُلُّ أُنَاسٍ مَّشْرَبَهُمْ
كُلُواْ وَاشْرَبُواْ مِن رِّزْقِ اللَّهِ وَلاَ تَعْثَوْاْ فِي الأَرْضِ
مُفْسِدِينَ
“Dan
(ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman:
"Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua
belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya
(masing-masing). Makan dan minumlah rezeki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerusakan.”
Al Baqarah ( 2 ) : 172
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُلُواْ مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُواْ
لِلّهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
“Hai
orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang
Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar
kepada-Nya kamu menyembah.
Al Baqarah ( 2 ) : 212
زُيِّنَ لِلَّذِينَ كَفَرُواْ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَيَسْخَرُونَ مِنَ الَّذِينَ
آمَنُواْ وَالَّذِينَ اتَّقَواْ فَوْقَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَاللّهُ يَرْزُقُ مَن
يَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ
“
Kehidupan
dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka
memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang
bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah
memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas.
Wednesday, 11 November 2015
Zakat : Zakat Fitrah dan Zakat Selain Fitrah
Pengertian Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
.
E. Wajib Keluar Zakat Fitrah
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
F. Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah
Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry:
“…Adalah kami para sahabat ketika
bersama Rasulullah SAW sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap
orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau
satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau
satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga
datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat
haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar,
maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya
berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’
(gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan
Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya” – (Riwayat Muslim)
.G. Kadar Fitrah
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.
.
Subscribe to:
Posts (Atom)





























