Wednesday 11 November 2015

Zakat : Zakat Fitrah dan Zakat Selain Fitrah





Pengertian Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
.
E.  Wajib Keluar Zakat Fitrah
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
.
F.  Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah
Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry:
“…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah SAW sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya” – (Riwayat Muslim)
.
G.  Kadar Fitrah
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.
.

H.  Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah
Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
2. Waktu Paling Afdal
Sebelum  menunaikan Solat Sunat Hari Raya
3.Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan
4.Waktu Makruh
Selepas Solat Sunat Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
5.Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada’.
.
 .
I.  Asnaf-Asnaf  Zakat
Skop agihan zakat kepada asnaf adalah berdasarkan apa yang telah ditetapkan oleh syarak, sepertimana yang telah dijelaskan dalam surah At-Taubah ayat 60:
“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”
.
.
Asnaf-asnaf yang layak menerima zakat ialah:
1· Asnaf Fakir
Fakir ialah orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain.
.
2· Asnaf Miskin
Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta dan hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya tetapi masih tidak mencukupi untuk menanggung keperluan dirinya dan tanggungannya.
.
3· Asnaf Amil
Orang yang dilantik / ditauliahkan oleh Sultan atau Naibnya untuk penyelenggaraan hal-hal zakat.
.
3· Asnaf Muallaf
Orang yang baru memeluk Islam iaitu “orang yang dijinakkan hatinya” dengan diberi bantuan supaya mereka teguh mencintai Islam.
.
4· Asnaf Riqab
Iaitu hamba mukatab yang ingin memerdekakan dirinya.
.
5· Asnaf Gharimin
Orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:
o Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.
o Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.
o Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.
.
.
6· Asnaf Fisabilillah
Fisabililah ialah tiap-tiap perbuatan / perkara yang menjurus kepada keperluan dan masalah untuk menegakkan syiar Islam.
.
7· Asnaf Ibnu Sabil
Orang Islam yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat:
o Ia mengembara dari negeri tempat tinggalnya.
o Pengembaraan diharuskan oleh syarak.
.
.
J.  Orang yang tidak wajib dibayarkan zakat fitrah:
1. Ist
eri yang derhaka; maka gugur kewajiban suami untuk menafkahinya
2. Istri yang kaya
3. Anak yang kaya, k
erana mampu bayar sendiri, namun boleh juga orang tuanya mengeluarkan zakat fitrah untuknya.
4. Anak yang sudah besar (mampu menafkahi diri sendir
i atau sudah berkerja)
5. Buda
k yang kafir
6. Murtad (keluar dari Islam)
.


K.  Siapakah yang tidak boleh menerima zakat fitrah?
1.
Orang yang kaya harta benda dan wang
2. Budak (selain budak mukatab). Budak Mukatab
iaitu budak yang berpeluang merdeka dengan syarat tertentu, adapun budak qin adalah budak asli: seluruh hidup dan tubuhnya melekat nama budak; budak mudabbir: berpeluang merdeka setelah tuannya meninggal.
3. Bani Muthalib
4. Bani Hasyim
5. Orang Kafir
6. Orang kuat untuk be
rkerja.
7. Nabi Muhammad SAW

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...