Tuesday, 3 March 2015

4.3.2015 RABU : TAKLIMAT HAKIM DAN PERBINCANGAN KHAS MTQSS DAERAH RANAU KE 3



Senari Nama Seperti Dalam Lampiran

Melalui,

Pengetua Cemerlang/Pengetua
Guru Besar Cemerlang/ Guru Besar
SMK/SMKA/SABK/SK/SJKC
Ranau, Sabah


Tuan,

JEMPUTAN MENGHADIRI TAKLIMAT HAKIM MAJLIS TADARUS AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH KPM PERINGKAT DAERAH RANAU TAHUN 2015
TARIKH PERTANDINGAN : 10-11.3.2015 ( SELASA-RABU)
TEMPAT : SK TUNGOU, SK KINIRASAN, SK KEMBURONGOH, SK RANDAGONG
 
Dengan segala hormatnya,  saya diarah merujuk perkara tersebut di atas.

02.          Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Ranau akan mengadakan satu taklimat hakim Majlis Tadarus Al-Quran dan Nasyid MTQSS tahun 2015. Sehubungan itu, tuan dikehendaki menghadiri mesyuarat ini pada ketetapan berikut :

Tarikh                   : 4 hb MAC 2015
Masa                      : 9.00 pagi
Tempat                 : Bilik Mesyuarat UTAMA,
                                                  Tingkat 1 Kompleks Pentadbiran Perekutuan Ranau

03.          Agenda mesyuarat :

                3.1 Bacaan Doa
                3.2 Ucapan Pegawai Pendidikan Daerah Ranau
                3.3 Taklimat Hakim Tilawah, Hafazan, Syarahan Agama, Bercerita dan Nasyid oleh Ketua Jemaah Hakim
      MTQSS 2015 Ustaz Jainudin Bin Asip, SK Randagong
3.7 Hal-hal lain

04.          Mohon kerjasama dari pihak tuan agar memberi kebenaran sepenuhnya pegawai tuan untuk menghadiri ini. Sebarang pertanyaan boleh hubungi En Suhailin Bin Lajimin, Ketua Unit, Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Ranau di talian 0113-2024341 (Telegram).
Segala kerjasama tuan amat dihargai.

Saturday, 28 February 2015

Daurah Mursyid Pertama 2015: 27.2.2015 jumaat

Us Che Lokmanul Hakim
Guru Mursyid Negeri
Sedang memberikan taklimat kpd semua ustazdan ustazah 










Halaqah dari kalangan ustazah

Halaqah

Perjalanan program amat memberangsangkan.
Sesi Taaruf
Pembacaan Ayat Al Quran
Pembacaan hadis
Membicarakan isu semasa
Tahlil
Solat jumaat
Puasa Ramadhan

Semoga Allah swt menyayangi kita semua

Wassalam


Friday, 13 February 2015

SENARAI NAMA HAKIM MTQSS PERINGKAT DAERAH RANAU 2015



12.02.2015 Khamis: Bengkel Hakim MTQSS Peringkat Daerah Ranau 2015

Taklimat Hakim MTQ SS 2015 Daerah Ranau 










Alhamdulillah, Bengkel Hakim MTQ SS 2015 Daerah Ranau berjaya dijayakan.
Semoga bengkel ini dapat membuka mata dan minda kepada semua ustaz dan ustazah agar penghakiman MTQ tahun ini telus dan adil.

Insya Allah.

Ilmu Islam itu berada di dalam Al-Quran Al-Karim dan Hadis Rasulullah saw.
Tugas kita untuk menuntut ilmu dan mengamalkannya dan mengajar kepada yang lain.

Allahu Akbar.

Wednesday, 11 February 2015

TARIKH BARU BENGKEL KERJA DAN DIALOG PRESTASI PROGRAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) –PROGRAM j-QAF



Guru Penyelaras Program J-QAF Sekolah

Melalui,

Guru Besar
SK/SJKC
 Daerah Ranau
Sabah

Tuan,

TARIKH BARU BENGKEL KERJA DAN DIALOG PRESTASI PROGRAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) –PROGRAM j-QAF
 
Dengan segala hormatnya,  saya diarah merujuk perkara tersebut di atas.

02.          Sukacita dimaklumkan bahawa satu bengkel  kerja dan dialog Prestasi Program KPM, Program j-QAF dikendalikan oleh Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Ranau bagi Kumpulan A akan diadakan. Sehubungan itu, Guru Penyelaras Program KPM j-QAF  sekolah tuan diwajibkan menghadiri bengkel ini pada ketetapan berikut :

Tarikh                   : 23 hb Februari 2015 (ISNIN)
Masa                      : 8.00-5.00 petang
Tempat                 : SK Kilimu, Ranau
Sila bawa Laptop, Station Wires.
                                                  
03.                          Disertakan bersama surat ini, sekolah terlibat dan senarai perkara yang perlu dilengkapkan untuk dibentangkan.

04.          Mohon kerjasama dari pihak tuan agar memberi kebenaran sepenuhnya pegawai tuan untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Sebarang pertanyaan boleh hubungi En Suhailin Bin Lajimin, Ketua Unit, Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Ranau di talian 0113-2024341 (Telegram).
Segala kerjasama tuan amat dihargai.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

PERATURAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH DAN PERATURAN KOMPANG SELAWAT DAN BERZANJI MARHABAN TAHUN 2015



Pengetua Cemerlang/Pengetua
Guru Besar Cemerlang/ Guru Besar
SMK/SMKA/SABK/SK/SJKC
 Daerah Ranau
Sabah

Tuan,

PERATURAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH DAN PERATURAN KOMPANG SELAWAT DAN BERZANJI MARHABAN TAHUN 2015
 
Dengan segala hormatnya,  saya merujuk surat Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Sektor Pendidikan Islam bertarikh 20 Januari 2015, Rujukan : JP (SB)/1500/800-2/5 Jld.2 (26).

02.       Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyiarkan Peraturan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Dan Peraturan Kompang Selawat Dan Berzanji Marhaban Tahun 2015.

03.       Sehubungan dengan itu, tuan/puan dipohon agar dapat memuat turun sukatan tersebut di laman sesawang www.bpi.edu.my.

Perhatian dan kerjasama pihak tuan dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...