Sunday 23 November 2014

j-QAF



PENDAHULUAN
Program j-QAF berasaskan idea mantan YAB Dato Abdullah Bin Ahmad Badawi mantan Perdana Menteri Malaysia yang telah dinyatakan secara khusus semasa lawatannya ke Kememterian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 30 Disember 2003. Cetusan idea ini telah diperhalusi di peringkat Kementerian Pelajaran melalui satu seminar j-QAF pada 3 hingga 5 Mac 2004. Program j-QAF relah dilaksanakan secara uji kaji dalam projek rintis selama 3 bulan dan berakhir pada Julai 2004. YAB Perdana Menteri pada ketika itu telah bersetuju program ini dilaksanakan mulai tahun 2005.

KONSEP PROGRAM j-QAF
Program j-QAf adalah satu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan fardhu Ain yang dilaksanakan di peringkat sekolah rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus di gunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu yang sedia ada.

OBJEKTIF PROGRAM j-QAF
Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan semua murid Islam sekolah rendah akan dapat :

1. menguasai bacaan dan tulisan jawi;
2. khatam Al-Quran;
3. menguasai asas Bahasa Arab Komunokasi; dan
4. memantapkan dan menghayati malan fardhu ain.

KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF
Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakan Pendidikan Islam yang sedia ada supaya semua bidang dalam PI iaitu bidang Tilawah Al-Quran, Akidah, Ibadah, Sirah Nabawi, Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.

MODEL-MODEL PROGRAM j-QAF
1. model Kelas Pemulihan Jawi;
2. model Tasmik;
3. model 6 bulan Khatam Al-Quran;
4. model Pelaksanaan Perluasan Bahasa Arab Komunikasi,
5. model Bestari Solat (kokurikulum)

Pengukuhan Program j-QAF hendaklah dilaksanakan melalui kelab, persatuan dan aktiviti seperti berikut :

1. Kelab Seni Tulisan Jawi;
2. Kem Bina Juara;
3. Ihtifal Khatam Al-Quran;
4. Kem literasi Al-Quran; dan
5. Persatuan Bahasa Arab.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...