Friday 19 June 2015

JEMPUTAN MENGHADIRI MESYUARAT PERTANDINGAN KOMPANG SOLAWAT BERZANJI MARHABAN PERINGKAT DAERAH RANAU TAHUN 2015



Ketua Penitia Pendidikan Islam

Melalui,

Pengetua Cemerlang/Pengetua
Guru Besar Cemerlang/Guru Besar
SMKA/SMK/SABK/SK/SJKC
Daerah Ranau,
Sabah.

Tuan,

JEMPUTAN MENGHADIRI MESYUARAT PERTANDINGAN KOMPANG SOLAWAT BERZANJI MARHABAN PERINGKAT DAERAH RANAU TAHUN 2015
 
Dengan segala hormatnya,  saya diarah merujuk perkara di atas.

02.           Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Ranau akan mengadakan satu mesyuarat  pada ketetapan berikut :

Tarikh                    : 26 JUN 2015 (Jumaat)
Masa                       : 8.30-5.00 petang
Tempat                   : Bilik Mesyuarat UTAMA, Tingkat 1
                                  Bangunan Pentadbiran Persekutuan Ranau.
                Pengerusi               : Pn Siti Hamni Hashim
                                                  Pegawai Pendidikan Daerah Ranau

03.           Agenda mesyuarat:
                3.1 Bacaan doa
                3.2 Ucapan Aluan Pegawai Pendidikan Daerah Ranau
                3.3 Pembentangan Kertas Kerja Pertandingan KSBM Peringkat Daerah Ranau
                3.4 Penentuan tarikh dan tempat pertandingan
                3.5 Bengkel Hakim KSBM
                3. 6 Hal-hal lain

04.           Mohon kerjasama dari pihak tuan agar memberi kebenaran sepenuhnya pegawai tuan untuk menghadiri mesyuarat  tersebut. Sebarang pertanyaan boleh hubungi En Suhailin Bin Lajimin, Ketua Unit, Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah Ranau di talian 0113-2024341 (Telegram) Segala kerjasama tuan amat dihargai.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...