Wednesday 19 October 2016

Contoh RPH Pembelajaran Abad 21


Pembelajaran abad 21 merupakan satu keperluan untuk pendidikan masa kini. Secara tak langsung, guru dan pelajar harus berubah cara mengajar dan belajar seiring dengan perkembangan teknologi yang sedia ada. Beberapa kemahiran penting dalam pembelajaran abad 21 perlulah dikuasai oleh guru dan murid. Saya kongsikan contoh rancangan mengajar harian bagi pdp abad 21 sebagai rujukan. Semoga bermanfaat.




Contoh RPH Pdp Pembelajaran Abad 21


Harus juga difahami bahawa rph ini bukanlah suatu kewajipan yang perlu diikuti oleh setiap guru akan formatnya. Sebaliknya sebagai rujukan kepada guru-guru yang sedang merancang untuk pdp abad 21. Perlu diingat, konsep pembelajaran abad 21 yang terdiri daripada Creativity, Critical Thinking, Collaboration dan Communication. 



Subjek
Perkara
Catatan
 Sains
Tingkatan
2 Persada
Masa :
3.05-4.15
80 minit
Tajuk  :  Jirim dan Bahan
Objektif Pembelajaran : Memahami sifat dan kegunaan logam dan bukan logam
Hasil pembelajaran :
1.        Menyenaraikan contoh logam dan bukan logam
2.        Menyenaraikan sifat logam dan bukan logam
3.        menyenaraikan  kegunaan logam dan bukan logam
Kriteria kejayaan:
1.        Menyenaraikan 3 contoh logam dan bukan logam
2.        Menyenaraikan 4 sifat logam dan bukan logam
3.        menyenaraikan 2 kegunaan logam dan bukan logam dan contohnya.
Nilai murni : Menghargai logam besi adalah  adalah salah satu sumber bahan mentah di Negara kita .
Strategi pembezaan
1.Pembezaan Proses berdasarkan persekitaran pembelajaran
( aktiviti Anchor)
2.Pembezaan keupayaan pelajar duduk dalam kumpulan  mengikut markah ujian 1
Pemula
(10 minit)
Aktiviti Suspen
1.        Pelajar di minta  membuka kotak yang telah disediakan di atas meja
2.        Pelajar mengaitkan pelajaran hari ini berdasarkan bahan dalam sampul surat .
3.        Pelajar menjawab soalan susulan yang di ajukan tentang pelajaran yang lepas dan mengaitkan pelajaran hari ini.
4.        Guru berkongsi objektif pembelajaran dan criteria kejayaan dengan pelajar
ABM dalam kotak
Bahan logam dan bukan logan
Aktiviti 1
(10 minit) Koperatif dan kolaboratif
Struktur Think Pair Share
Mengenalpasti logam dan bukan logam
1.        pelajar berbincang menyenaraikan logam dan bukan logam yang secara  berpasangan .
2.        Pasangan pelajar  menyemak jawapan .
3.        Soaljawab dan maklumbalas dari guru dan pelajar.(Dialog berkesan)
4.        Pelajar merujuk criteria kejayaan
ABM
-Helaian yang di bekalkan.(slide dan yang terdapat dalam makmal)
-Pembentukan kumpulan berpasangan.
-AFL
-Rujuk  criteria kejayaan
Aktiviti 2
(30 minit)
Koperatif dan kolaboratif
Struktur
Jigsaw dan  Round robin
1 alat pemikiran CoRT digunakan.
Menjalankan eksperimen menyiasat sifat logam dan bukan logam dan kegunaanya.
1.        Pelajar dikumpulkan mengikut minat dan menjalankan eksperimen mudah mengikut kumpulan mereka dan  membuat pemerhatian dan mendapat kesimpulan maklumat sifat dan kegunaannya dari eksperimen.(Jigsaw)
2.        Pelajar menerangkan maklumat  kepada rakan secara bergilir( Round robin).
3.        pelajar melengkapkan Pengurusan Grafik banding dan beza  sifat logam dan bukan logam dan kegunaaannya.
4.        Pelajar yang sudah selesai boleh menjawab soalan anchor
5.        Penaksiran kumpulan secara bertulis  2 star  1 wish
6.        Maklumbalas dari rakan kumpulan dan guru.
7.        Tampalkan hasil kerja pelajar yang telah   disemak
8.        Pelajar  menjawab soalan kuiz untuk menguji kefahaman dan penggunaan logam dalam kehidupan seharian.
9.        Pelajar merujuk criteria kejayaan.
Mengeksperimen,
Pemerhatian dan membuat kesimpulan
Pengurusan Grafik CoRT PMI
Soalan Anchor
AFL - Soalan kuiz
Penilaian rakan
Aktiviti 3
(20 minit)
1 alat pemikiran CoRT
Sasaran Matlamat Objektif
1.        Guru mengedarkan sampul surat yang mengandungi situasi masa depan yang perlu dicapai  oleh pelajar pada masa akan datang logam dan bukan logam serta kegunaan.
2.        Pelajar berbincang dan menentukan  cara paling berkesan  dan alasan yang munasabah.
3.        Maklumbalas dan soaljawab .
Pengurusan grafik AGO (sasaran  matlamat objektif. )
Pleno
(10 minit)
Melengkapkan borang KWL.
1.        Pelajar melengkapkan KWL
2.        Pelajar menyatakan criteria kejayaan.
Borang KWL










































































Sila download di SINI



Seperti yang saya nyatakan di atas, rancangan mengajar harian (rph) ini hanyalah sebagai rujukan kepada pihak tuan/puan. Boleh diubah dan disesuaikan dengan keperluan anda sebagai guru di sekolah dan mengikut seperti acuan yang telah disediakan mengikut sekolah masing-masing. Selamat beramal!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...