Pages
- Utama
- PROGRAM j-QAF
- e-Pelaporan
- Mahrajan j-QAF
- Pautan Penting
- MISS
- MTQSS & Festival Nasyid
- Instrumen Pemantauan
- PAFA
- PKSR
- Kurikulum Menengah
- Kurikulum Rendah
- Surat Pekeliling
- Dasar KPM
- Semasa :Program Unit Pendidikan Islam
- Downloads / Muat Turun
- Berita Semasa
- Tazkirah
- Isu Semasa Pendidikan
- Taklimat Penting
Wednesday, 16 August 2017
Monday, 14 August 2017
14.8.2017 RABU : SK KEMBURONGOH MP PEN ISLAM TAHUN 1 PROGRAM PEMANTAPAN PEDAGOGI PdPc pak21 GURU PENDIDIKAN ISLAM 2017
Ahamdulillah, pagi ni selepas ke SK Pahu Himbaan bertolak ke Sk Kemburongoh. Jarak 5 KM dr SMK sekolah PH. Ustazah Suzi nama ustazahnya sudah bersedia mengajar PAK21 mata pelajaran pendidikan ISlam tahun 1.
Guru dan JUd berbincang cara penulisan RPH Pen ISlam daerah Ranau. Menulis RPH berpandukan DSKP dan RPT. Tajuk dipilih iaitu 2 suku kata terbuka.
==========================================
Seting papan tulis kepada 3 bahagian. Kanan : Tarikh/hari/objektif/KK. Tengah : MP/Tajuk/Aktiviti Murid/ Kiri : Markah/Tema
===============================
Arahan guru ;
Guru sedang mengarahkan kumpulan dibentuk
berdasarkan kepada tema KERETA. Murid diketuai oleh murid berbincang
dalam kumpulan dan Waja dan Myvi menjadi nama kumpulan. Seterusnya murid
diajar utk mencipta yeild( sorak semangat kumpulan)
===========================================
Induksi :
Guru mengarahkan murid menyanyikan lagu KeretaKU Warna Merah.
Murid menyanyikan sambil bertepuk tangan... meriah sungguh.
selesai menyanyi, murid bersoal jawab dengan guru... sehingga la murid dapat menyebut kata terbuka..
===============================
PERBINCANGAN MURID DALA KUMPULAN:
Ustazah menerangkan apa pelajaran pada hari ni... menerangkan objektif pdpc dan KK. Murid diajar menulis dari lagu tadi yg ada 2 suku kata terbuka.
ia ditulis dalam rumi dan dijawikan.
Bapa-dari-kota-mari-
Menggunakan kaedah PAK21 : TPS- murid menjawikan perkataan tadi. dalam masa 15 minit, guru memudahcara pdpc.
==========================================
PEMBENTANGAN MURID : KAEDAH HOT SEAT
Guru arahkan murid berbincang cara mengeja dan menulis isi pelajaran dalam kumpulan. selepas itu guru memilih seorang murid ke depan untuk menerangkan cara menulis jawi perkataan tadi.
Murid membaca dan mengeja huruf demi huri dan ianya telah bersambung.
Murid dari kumpulan lain dikehendaki menyoal dan diberi markah kumpulan, murid depan dan kawan kumpulannya pula menjawab soalan tadi.
PdPc amat menyeronokkan murid...
================================
PENILAIAN :
Soal jawab / Pemerhatian / Kerja Kumpulan / Latihan
Penghargaan :
Murid memberikan penghargaan hasil kawan-kawannya...
berupa bintang dan diberikan BONUS dalam jumah markah.
Markah kumpulan adalah sama... hebat.
Tahniah.
===================
Penutup:
Guru menyuruh murid menyimpulkan PdPc pada hari ini.
Tahniah...................
======================================
PERKONGSIAN:-
1. GURU BERSEMANGAT MENGADAKAN PDPC PAK 21
2. DSKP MENJADI RUJUKAN UTAMA
3. SETING PAPAN TULIS YANG SIMPEL
4. TEMA KERETA - MURID SUKA
5. INDUKSI MENANYI LAGU MUDAH ..
6. BBM - KERTAS A4 YG MUDAH DAN RINGKAS DAN MENCAPAI OBJEKTIF
7. MURID BERKOLABORATIF DAN BERKOMUNIKASI
8. 4K DITERAPKAN DALAM PDPC
9. SOALAN KBAT YG MUDAH TAPI MENGUJI MINDA..
10. PENGHARGAAN KERJA MURID
14.8.2017 RABU : SK PAHU HIMBAAN MP PEN ISLAM TAHUN 1 PROGRAM PEMANTAPAN PEDAGOGI PdPc pak21 GURU PENDIDIKAN ISLAM 2017
Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah pagi ni ke sekolah SK Pahu Himbaan jauh di kawasan pergunungan dan bukit bukau. Bersama Ustaz Azron PP UPI PPD Ranau dan JUD KSSR PAK21 Ustazah Marlina SK Langsat dan Ustazah MUkminah dr SK Lohan. Tiba di sekolah berjumpa dengan guru besar , PK dan guru-gurunya. GB rupanya telah maklumkan kehadiran rombongan UPI PPD Ranau dalam memantapkan PdPc Guru Pendidikan Islam di sekolah ini... yang best tu akan mengajar menggunakan kaedah PAK21... penerapan 4K dalam pdpcnya. GB pun amat teruja untuk terlibat sama dalam pengajaran ini.
Alhamdulillah... Sekolah ini telah cukup GPInya .. 2 orang , Ustazah Hujaimah dan Ustazah Guru Intrim, seorang Guru Bahasa Arab, Ustaz Jainuddin Asip.
Yang best lagu dalam PdPc kali ini, ia akan disaksikan oleh ibubapa murid Tahun 1. Mereka amat teruja untuk melihat anak mereka belajar menggunakan kaedah PAk21 ni.. Tahniah..
================================
Persediaan PdPc PAk21 :
Ustaz telah bersedia... Tajuk : SUKU KATA TERTUTUP.
Objektif : Murid dapat mengenal 5 daripada 10 perkataan suku kata tertutup dalam jawi dengan betul secara kumpulan.
Aktiviti :
1. Induksi : Tekaan : Tayang Gambar ( KA21 )
2. Perbincangan murid kaedah 21 : Round Robin ( KA21, EMK, Pentaksiran )
3. Pembentangan murid kaedah 21 : Pembentangan ( KA21, EMK, Pentaksiran, KBAT )
4. Penilaian : Soaljawab/Latihan/Pemerhatian dll.... Pentaksiran : Formatif .. Penghargaan kerja murid oleh murid
5. Penutup : Murid menyimpul isi pelajaran
===================================
SETING PAPAN TULIS :
Ustaz membahagikan papan tulis kepada 3 bahagian.
Kanan : Markah/Tema
Tengah : Aktiviti murid
Kiri ; Objektif ,KK
Ustaz menyediakan tema kumpulan ialah BUNGA.
Murid melantik ketua kumpulan, berbincang nama bunga dan yeild. Kelihatan murid amat teruja sebelum belajar bermula.
Ustaz sedang seting papan tulis... Ustaz memang rajin..
Selepas itu, murid beryield......
==================================
INDUKSI:
Murid dipilih secara rawak ke depan dan menyoal kawan-kawan muridnya berkaitan pelajaran pada hari ini. Wah... murid pula yg menyoal kawannya... guru sebagai pemudahcara.
" Lihat kawan-kawan , apa ini"... Gambar
"Apa yang kamu lihat dlam gambar ini"... macam-macam seperti perbuatan tendang..tulis dalam JAWI tu..
" Kita akan belajar jawi suku kata tertutup... sila rujuk buku teks.." kata ustaz kepada murid.
INduksi yang menarik... kelihatan ada ibu bapa yang suka hati melihat telatah murid.
=========================================
PERBINCANGAN MURID DALAM KUMPULAN KAEDAH PAK21: ROUND ROBIN
Guru menerangkan kepada murid apa yang perlu dilakukan... Ketua diarahkan mengambil peralatan dan kertas plastik.. wah salah satu kaedah yang baik...
Sesi perbincangan murid ini melibatkan semua guru JUD, Ibubapa, Ustaz.. Ia amat berkesan dalam PdPc Pak21. Murid berkerjsama , berkomunikasi, menyelesaikan masalah dalam pelajaran mereka.. tolong menolong dan rajin membantu kawan dalam kumpulan. Ketua kumpulan memastikan ahli kumpulan berusaha menyiapkan tugasan.
TAHNIAH..
========================================
PEMBENTANGAN MURID MENGGUNAKAN KAEDAH PAK21 : PEMBENTANGAN HASIL
sesi perbincangan murid.... amat meriah..
Antara ibubapa, guru-guru, guru besar yang turut sama dalam PdPc PAK21...
==========================================
SESI PENILAIAN :
Ustaz telah menyuruh murid supaya bersoal jawab berkaitan pelajaran hari ini.
Apakah... Apa beza.... Manakah....Bagaimanakah... dll soalah murid dan dijawab oleh pembentang dari kalangan murid.
Pembentangan : 5 Markah, Soalan ( Tahap Pemikiran KBAT- IFAANC ) 2 markah, Jawapan 1 markah, kesalahan salah laku -5 markah, BONUS Bintang : Ikut markah bintang diberikan oleh murid.
Murid diajar :
Menghargai kawan, Hargai kerja sendiri dan kawan, berusaha, rajin, bekerjasama , memberikan idea, berani , komunikasi.... bemacam lagi salam pdpc kali ini... Tahniah Ustaz..
Ustaz sedang menyuruh murid mengira markah kumpulan mereka....
=================================
PENUTUP :
MURID MENYEBUT SEMULA ISI PELAJARAN DENGAN CARA MENGEJA DALAM JAWI SECARA BERAMAI-RAMAI....
===================================
Alhamdulillah... pdpc telah berakhir.
Semua murid gembira... yeildddddddddddd..... wah bersemangat.
Ibubapa yang ditemui amat puas hati melihat anak2 mereka belajar secara PAK21.
Dapatan :
1. PdPc PAK21 diajar sepenuhnya...
2. Guru bersedia mengajar PdPc
3. Murid semua menguasai T3-Tp4....
4. Berlaku 4K dalam pdpc
5. Murid dapat bepeluang menjadi ketua ... mengarah kawan-kawan supaya belajar, bekerjasama , rajin, tolong menolong...
Subscribe to:
Posts (Atom)
























































