Wednesday, 19 October 2016

Pembelajaran Abad Ke-21: Amalan Dan Pelaksanaan Di Sekolah


KBAT 21Rupa dan bentuk pendidikan yang sesuai dengan generasi abad ke-21 telah banyak diperkatakan dan banyak bahanbahan penulisan yang mengulas mengenai pendidikan yang mampu memenuhi harapan dan keperluan pendidikan masa kini dan masa depan. Rata-rata pakar pendidikan bersetuju bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu berubah sesuai dengan perkembangan teknologi cyber dan akses kepada internet yang semakin maju. Kaedah pengajaran konvensional seperti “chalk and talk” semata-mata kurang berhasil menarik minat murid sebaliknya memerlukan kaedah yang lebih dinamik dan kreatif dengan kandungan pengajaran yang relevan sesuai dengan perkembangan semasa.

Semua pihak yang terlibat secara langsung dengan dunia pendidikan perlu menyedari bahawa tiada ruang untuk tidak ikut sama melaksanakan transformasi pendidikan. Malah perubahan dalam pendidikan perlu sentiasa seiring perkembangan zaman atau selangkah kehadapan. Guruguru perlu bersedia menerima perubahan dan dapat pula mengurus perubahan dengan cekap dan berkesan agar pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih segar dan memenuhi keperluan murid.

Menyedari kepentingan guru memahami dan bersedia melakukan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan pembelajaran abad ke-21, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan inisiatif pembelajaran abad ke-21 secara rintis pada tahun 2014 dan meluaskan pelaksanaan keseluruh negara mulai tahun 2015. Justeru ANJAKAN keluaran kali ini akan membincangkan pembelajaran abad ke-21 serta berkongsi maklumat beberapa model susun atur kelas abad ke-21 sejajar dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan transformasi pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.
KBAT 21
Pelaksanaan pengajaran berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan penanda aras keberkesanan pendidikan abad ke-21 seperti dihasratkan Kementerian Pendidikan Malaysia mulai tahun 2014, iaitu selaras dengan transformasi pendidikan negara dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

KBAT 21
Cabaran Pendidikan Abad Ke-21
KBAT 21Cabaran pendidikan abad ke-21 adalah untuk menyediakan pembelajaran yang menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan mengurus bilik darjah atau ruang pembelajaran yang lebih dinamik. Namun cabaran utama adalah bagaimana guru-guru menggunakan pelbagai sumber sokongan teknologi serta maklumat bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang efektif dan berkualiti serta relevan dengan perkembangan semasa. Untuk mendepani cabaran ini, guru secara berterusan perlu mengemaskini pengetahuan (kandungan kurikulum) dan kompetensi (pedagogi PdP) supaya kekal relevan dengan keperluan semasa dan akan datang.

Saturday, 8 October 2016

ASISS ANUGERAH SURAU IMARAH KPM: PERKARA YANG PERLU ADA ATAU DIADAKAN

1. Dana surau.

Dana surau dapat dijana dengan menggerakkan tabung mingguan sebanyak 10 sen setiap murid pada setiap hari Jumaat. Jika murid Islam di sesebuah sekolah berjumlah 500 orang sudah tentu RM50 dapat dikumpulkan untuk membantu keceriaan dan aktiviti surau.

Wakaf sangat membantu pembangunan surau. Peluang mewakafkan wang tunai perlu dibuka agar seluruh warga sekolah serta ibubapa sedar betapa besarnya pahala orang yang mewakafkan hartanya di jalan Allah.

Maksudnya: Sesiapa yang membina masjid, nescaya Allah Ta'ala akan membina untuknya seumpamanya di syurga.
2. Landskap
Landskap yang cantik perlu ada rumput yang hijau dan bunga yang berwarna warni dan kemudahan rekreasi yang mendamaikan hati. Ia boleh dicapai melalui sarana Ibubapa (PIBG) atau melalui pembahagian sudut kepada panitia-panitia sekolah. Kolaborasi panitia kebiasaannya menghasilkan landskap yang cantik bergantung kepada kreativiti guru-guru.
3. Cat dinding dan mural.
Cat dinding seharusnya kemas dan ceria dan sesuai dengan iklim surau. Dinding yang kosong tidak berfungsi menambah pengetahuan agama murid-murid. Ia seharusnya dipenuhkan dengan mafhum ayat Al-Quran. hadith atau kata-kata hikmah.  Lukisan frame dapat membantu menghadkan kawasan dan menaikkan seri adunan warna.
4. Aktiviti.
Aktiviti yang terdapat dalam instrumen tidak sepatutnya ditinggalkan. Bahkan ia perlu ditambah dengan kreativiti dakwah bagi menarik minat murid ke surau dan menambah pengetahuan murid tentang Islam. Inovasi aktiviti seperti panduan memotong kuku, tabung amanah jualan alat tulis (ala jualan air mineral di masjid), gotong-royong di kuburan, tabung bantuan kemanusiaan mangsa banjir telah menjadi kebiasaan bagi surau yang aktif. 




5. Kemenjadian

Bukti kemenjadian perlu dikumpulkan bagi menguatkan bukti pelaksanaan surau dapat memberi impak yang baik kepada pembangunan akhlak dan penghayatan Islam murid. Penurunan kes salahlaku dan peningkatan akademik berkait rapat dengan aktiviti surau.



7. Replika

Replika yang menarik seperti replika kaabah (menarik minat menunaikan ibadah haji dan umrah), replika kubur (adab ziarah kuburan), tongkat istiwa' dan jam matahari.



8. Buku Tunai

Catatan kewangan yang ringkas perlu direkod dalam buku tunai. Buku tunai punyai 3 kolum (debit, kredit, balance). Bahagian baki (balance) penting bagi melaporkan baki kewangan sedia ada. Pengurusan kewangan yang cekap dan telus mampu menarik orang ramai menyumbang ke tabung surau.



9. Sudut pameran dan informasi

Surau harus ada daya penarik. Antaranya ialah sudut pameran yang berkait dengan kurikulum pendidikan Islam dengan mempamerkan bahan maujud. Begitu juga papan kenyataan yang memuatkan maklumat menarik tentang Islam.




10. Fail

Pengurusan fail yang kemas dan teratur mencerminkan ketelitian dan kesungguhan.



11. Bilik air dan tempat wudhuk





12. Radio sekolah dan galeri

Pemantauan Aktiviti Dakwah Sekolah-sekolah KPM di seluruh negeri

Pengurusan Dakwah & Syiar Islam, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan Pemantauan Aktiviti Dakwah Sekolah-sekolah KPM di seluruh negeri yang akan bermula pada 21 Mac 2016 hingga  15 November 2016.




Download Instrumen Pemantauan Aktiviti Dakwah 2016 di sini - PDF

Download Instrumen Pemantauan Aktiviti Dakwah 2016 di sini - WORD

Surat pemantauan - PDF

Surat Pekeliling yang berkaitan

Senarai aktiviti cadangan untuk Program Bulan Dakwah Sekolah


Program Bulan Dakwah
Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

2016
1.      Hayya Bil Arabiah - ilmu
2.      Bijak Tajwid - ilmu
3.      Mahsyar Time Capsule - dakwah
4.      You Dakwah Tube - dakwah
5.      Infografik Dakwah - akhlak
6.      Khatib Cilik / Remaja - syiar
7.      Hijablista  - syiar
8.      Tabung Wakaf Akhirat  - kesedaran
9.      Takaful vs Insurans - kesedaran
            10.   Ancaman SSW (Sekular Syiah Wahabi) – akidah
 
2014
1.      Kempen Menutup Aurat Dengan Sempurna
2.      Kempen Smart Salam (Senyum Salam Sapa)
3.      Kuliah 3 Minit
4.      Radio Islami
5.      Semarak Jawi
6.      “Street Dakwah”
7.      Pendakwah Cilik (SR sahaja)
8.      Imam Remaja (SM sahaja)
9.      Kempen Tak Nak “Couple” (SM sahaja)
10.   Kaunter Faraid (SM sahaja)
2015
1.      Kempen 3B Beri Salam, Beri Sapaan, Beri Laluan
2.      Bumiku Bersih Anugerah Tuhan
3.      Kempen Ihtiram (Tak Nak Buli)
4.      Sahabat Masjid
5.      Daurah Hadith
6.      Cinta Rasul
7.      Cakna Palestin
8.      Al-Quran di hatiku
9.      Syurga Milik Kita
10.   Sesuci Srikandi
11.   Jom Solat “On time, Any time, Over time”
12.   Daie Internet
13.   Panggilan Tanah Suci
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...