Pembentangan Tingkatan 4
SMK Kundasang
Gambar Ihsan SK Kinapulidan Ranau.
SMK Kundasang
Gambar Ihsan SK Kinapulidan Ranau.
Assalamualaikum...
Pada hari ini saya ingin berkongsi tentang teknik menjawab soalan KBAT
yang sering diperkatakan oleh pelajar. Mudah-mudahan perkongsian ini
memberi manfaat kepada calon SPM pada tahun ini.
Persoalan yang sering berlegar di minda pelajar ialah " Ini soalan KBAT
atau tidak". Pelajar perlu tahu membezakan soalan KBAT dengan soalan
lain kerana format jawapan KBAT berbeza dengan format jawapan soalan
biasa.Kesilapan mentafsir kehendak soalan semestinya mengakibatkan
pelajar kehilangan markah secara percuma.
CARA MENGESAN SOALAN KBAT :
Berikut adalah ciri-ciri soalan KBAT Pendidikan Islam :
- Ada stimulus/ rangsangan minda :
Setiap soalan KBAT dimulakan dengan stimulus sama ada dalam bentuk
gambar, pernyataan, dialog, petikan akhbar dan lain-lain. Contohnya
seperti soalan di bawah :
2. Tiada kuantiti jawapan :
Bilangan jawapan yang diminta tidak dinyatakan dalam soalan. Hal ini kerana pelajar hanya perlu mengemukakan 1 isi sahaja untuk soalan KBAT. Perhatikan soalan-soalan berikut, tiada kuantiti jawapan yang diminta dalam soalan.
Bilangan jawapan yang diminta tidak dinyatakan dalam soalan. Hal ini kerana pelajar hanya perlu mengemukakan 1 isi sahaja untuk soalan KBAT. Perhatikan soalan-soalan berikut, tiada kuantiti jawapan yang diminta dalam soalan.
- Bagaimanakah anda menghargai nikmat Allah?
- Pada pendapat anda, apakah kemungkinan yang akan berlaku terhadap masyarakat jika...
- Mengapakah masih berlaku perbuatan merosakkan harta benda awam ini?
3. Peruntukan markah : 4 markah :
Peruntukan markah yang diberi diperincikan seperti berikut :
Peruntukan markah yang diberi diperincikan seperti berikut :
- Isi : 1 markah
- Huraian : 2 markah
- Kesimpulan : 1 markah.
Oleh itu calon perlu mengemukan 1 isi, 2 huraian dan 1 kesimpulan dalam jawapan KBAT.
TEKNIK MEMBINA JAWAPAN KBAT
1. Langkah pertama setelah anda mengenal pasti sesuatu soalan KBAT ialah mengetahui KEHENDAK SOALAN.
Kehendak soalan boleh difahami melalui 'clue' yang diberi. Contohnya
'Bagaimana', 'Kenapa", "Apakah kemungkinan yang berlaku' 'Apa Pendapat'.
Berikut ialah contoh KEHENDAK SOALAN KBAT yang paling popular :
2. Langkah kedua ialah MENYENARAIKAN ISI yang menepati kehendak soalan. Pilih satu isi sahaja yang anda yakin boleh dihuraikan dengan baik.
3. Langkah ketiga ialah MENGHURAIKAN ISI yang dipilih.
Anda boleh menghuraikan isi dengan cara berikut :
- Memberi keterangan tambahan.
- Memberi contoh kepada isi.
- Memberi dalil al-quran atau hadis.
- Memberi hikmat/kesan/punca tentang isi/isu dalam soalan.
- Memberi perumpaan/kata-kata hikmat dan lain-lain
Anda perlu memberi 2 huraian. Untuk memudahkan pelajar menulis huraian,
saya cadangkan pelajar memberi contoh untuk huraian 1 dan pelajar
menyatakan kesan/hikmat untuk huraian 2.
Rujuk rajah di bawah :
RANGKA JAWAPAN KBAT |
- Kesimpulan yang diberi hendaklah berkaitan dengan isi dan huraian.
- Kesimpulan tidak boleh diambil daripada ISI JAWAPAN (mengulang isi).
- Kesimpulan hendaklah menjelaskan tentang cadangan anda terhadap isu/soalan.
Calon boleh menyatakan kesimpulan dalam bentuk ayat pengajaran. Contohnya : "Kita hendaklah..." "Kita mestilah...".
FORMAT JAWAPAN KBAT :
No comments:
Post a Comment