Buku Dasar
BUKU PANDUAN PELAKSANAAN
Tahun Satu
Tahun Dua
Tahun Tiga
Tahun Empat Baru!!!
Tahun Lima
Tahun Enam
E-PELAPORAN BERSEPADU
Installer
Buku Panduan
Dasar & Pekeliling
PANDUAN DASAR DAN PELAKSANAAN j-QAF
Rujukan:
1. PENDAHULUAN
Program j-QAF berasaskan idea YAB
Perdana Menteri Malaysia yang telah dinyatakan secara khusus semasa
lawatannya ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 30 Disember
2003. Cetusan idea ini telah diperhalusi di peringkat Kementerian
Pelajaran melalui satu seminar j-QAF pada 3 hingga 5 Mac 2004.Program
j-QAF telah dilaksanakan secara uji kaji dalam projek rintis selama 3
bulan dan berakhir pada Julai 2004. YAB Perdana Menteri telah bersetuju
program ini dilaksanakan mulai tahun 2005.
2. KONSEP PROGRAM j-QAF
Program j-QAF adalah suatu usaha
memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam
pengajaran Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan fardu ain yang dilaksanakan
di peringkat persekolah rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan
kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang
khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan,
pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan
jadual waktu sedia ada.
3. OBJEKTIF PROGRAM j-QAF
Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan semua murid Islam
sekolah rendah akan dapat:
a. menguasai bacaan dan tulisan Jawi;
b. khatam al-Quran;
c. menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi; dan
d. memantapkan dan menghayati amalan fardu ain.
4. KEPENTINGAN PROGRAM j-QAF
Program j-QAF menjadi lebih penting
sebagai suatu usaha ke arah memperkasakan PI yang sedia ada supaya
semua bidang dalam PI iaitu bidang Tilawah al-Quran, Akidah, Ibadah,
Sirah Nabawi, Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dan
diamalkan dalam kehidupan.
KUMPULAN DIALOG PRESTASI J-QAF DAERAH RANAU 2015
KUMPULAN A
KUMPULAN B
=============================================================
KUMPULAN A
20
|
KUMPULAN B
19
|
ZON ULU SUGUT -5
sk gusi, sk kaingaran, sk mangkapoh, sk malinsau, sk seri gabungan,
ZON GARAS
- 2
sk tarawas, sk timbua
ZON UTARA
- 4
sk napong, sk langsat, sk lohan, sk narawang
ZON TENGAH
- 9
sk kinapulidan, sk marakau, sk kg libang, sk kilimu, sk kituntul, sk waang, sk lipasu, sk kimondou, sk mohimboyon
|
ZON PEKAN - 3 sk pekan, sk pekan 2, sk st benedict
ZON
SELATAN -5
sk randagong, sk tungou, sk maukab, sk karanaan, sk komburongoh, sk kinirasan
ZON
KINABALU -7
sk kundasang, sk pinausok , sk pahu himbaan,sk kinasaraban, sk kauluan, sk ratau, sk togudon lama
ZON TIMUR
- 3
sk kananapon, sk nalapak, sk sagindai |
No comments:
Post a Comment