Monday, 24 October 2016

Peta I think

PDF Print E-mail
Berikut ialah peta  I THINK yang semua warga abad ke 21 patut tahu:






Peta Pemikiran iTHINK


Program iTHINK telah diperkenalkan sejak tahun 2012 di beberapa buah sekolah perintis. Pada tahun 2013, beberapa buah sekolah lagi telah dipilih sebagai sekolah perintis dan SMK Putatan adalah salah sebuah sekolah yang dipertanggungjawabkan untuk membawa iTHINK ke dalam PdP. Sebenarnya bahan di bawah ini adalah bahan tahun lepas yang saya kongsi sekarang.
  1. Helaian Edaran contoh-contoh lapan peta pemikiran iTHINK yang saya sediakan untuk rujukan guru-guru yang melatih pelajar-pelajar ketika sesi kursus dan bengkel ithink peringkat pelajar . Muatturun contoh Cikgu Rithuwan – 8 peta pemikiran ithink  fail PDF di sini.
  2. Lagu Tema Rasmi Pelancaran Program iTHINK SMK Putatan. Liriknya dicipta bersama oleh saya, En. Rithuwan  dan Pn. Norsiah. Lagu dan melodi oleh saya juga di samping bantuan muzik Pn. Veronica. Nak dengar lagu serta membaca liriknya? Sila klik sini.
  3. Modul Contoh Peta Pemikiran iTHINK untuk Prinsip Perakaunan Tingkatan Empat : [ Bab 1 ] [ Bab 2 ] – lembaran edaran
  4. Modul Contoh Peta Pemikiran Berjawapan / Hasilan untuk Prinsip Perakaunan Tingkatan Empat : [ Satu sahaja ]
Contoh lapan peta pemikiran, thinking map, yang dijadikan rujukan seperti berikut:
peta i-think 1 - peta bulat -contoh soalan dan peta pemikiran oleh cg rithuwan nasir peta i-think 2 - peta buih -contoh soalan dan peta pemikiran oleh cg rithuwan nasir peta i-think 3 - peta buih berganda -contoh soalan dan peta pemikiran oleh cg rithuwan nasir peta i-think 4 - peta pokok -contoh soalan dan peta pemikiran oleh cg rithuwan nasir peta i-think 5 - peta dakap -contoh soalan dan peta pemikiran oleh cg rithuwan nasir peta i-think 5 - peta dakap vs peta pokok - contoh soalan dan peta pemikiran oleh cg rithuwan nasir peta i-think 6 - peta alir 1-contoh soalan dan peta pemikiran oleh cg rithuwan nasir peta i-think 6 - peta alir 2-contoh soalan dan peta pemikiran oleh cg rithuwan nasir peta i-think 7 - peta pelbagai alir -contoh soalan dan peta pemikiran oleh cg rithuwan nasir peta i-think 8 - peta titi -contoh soalan dan peta pemikiran oleh cg rithuwan nasir

i-THINK


iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia.
Kenapa Diwujudkan Program iTHINK?
Pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program iTHINK ialah adalah bertujuan untuk  melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk  kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.

Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program iTHINK.


Peta Pemikiran
Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan.
1.  Circle Map (Peta Bulatan)
Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.
2. Bubble Map (Peta Buih)
Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.
3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu

4. Tree Map (Peta Pokok)
Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.
5. Brace Map (Peta Dakap)
Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.
6. Flow Map (Peta Alir)
Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.
7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)
Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.
8. Bridge Map (Peta Titi)
Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.

Wednesday, 19 October 2016

KSSR & KSSM Semakan Mulai Tahun 2017, Apa Perubahan Yang Berlaku?



Bermula pada tahun 2017, terdapat beberapa perubahan pada Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

Antara perubahan tersebut adalah :
  1. Gabungan mata pelajaran pendidikan seni dan pendidikan muzik yang dikenali sebagai Pendidikan Kesenian. Peruntukan waktu Pendidikan Kesenian ialah 2 jam seminggu.
  2. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan digabungkan menjadi Pendidikan Jasmani & Kesihatan. Peruntukan waktu Pendidikan Jasmani & Kesihatan ialah 1.5 jam seminggu.
  3. Perubahan kepada subjek Dunia Sains dan Teknologi yang dikenali sebagai Sains. Perubahan ini mungkin disebabkan pengguguran elemen TMK @ Teknologi daripada kurikulum.
  4. Pertambahan 1 masa bagi subjek Sains tahun satu iaitu daripada 2 masa kepada 3 masa.
  5. Mengekalkan tafsiran mata pelajaran mengikut TERAS, WAJIB dan TAMBAHAN sebagaimana peruntukan Peratura-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997.
  6. BCSK dan BTSK dimasukkan dalam senarai Mata Pelajaran Tambahan bersama-sama dengan Bahasa Arab dan lain-lain, dengan peruntukan 1 jam seminggu. 
  7. Peruntukan waktu 1 jam bagi BCSK/BTSK dipindahkan kepada mata pelajaran Sains. Peruntukan waktu bagi mata pelajaran Sains kini menjadi 2 jam seminggu.
Mata Pelajaran & Peruntukan Waktu Tahap 1 (Semakan) 
Mata Pelajaran & Peruntukan Waktu Tahap 2 (Semakan) 
  • Turut berlaku perubahan di dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Pembelajaran di sekolah menengah perlu berlaku secara mendalam:

  • Membolehkan murid mendapat pengalaman bermakna dan memperoleh kefahaman yang tinggi;
  • Menggunakan pendekatan inkuiri melalui aktiviti seperti pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran berasaskan masalah dan pendekatan STEM, ke arah penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
  • KBAT diaplikasikan dalam p&p semasa melaksanakan pembelajaran secara mendalam.


MUAT TURUN SLIDE BPK UNTUK RUJUKAN:

Cadangan PdP Abad-21 di dalam bilik darjah





Persediaan dan Persiapan Menjelang Pembelajaran dan Pengajaran Abad ke 21 di sekolah kini dipergiat dilaksanakan di dalam bilik darjah.

Perkongsian daripada SISC+ telah menyediakan satu slide untuk kerangka mudah guru-guru bagi melaksanakan dasar ini.

  • Elemen penting yang perlu ada bagi menjayakannya perlulah meliputi:
  • Pembangungan persekitaran bilik darjah
  • Peningkatan kemahiran guru menggunakan pedagogi abad ke-21
  • Pembudayaan amalan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)

Sebagai rujukan, guru-guru boleh menyemak slide yang telah disediakan di bawah atau muat turunnya terus ke desktop anda:

Contoh Aktiviti-Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21


Pembelajaran abad ke-21 merupakan elemen penting dalam PPPM, iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Sebagai seorang guru, adalah menjadi tanggungjawab penting dalam melengkapkan diri dengan pedagogi-pedagogi terkini. Berikut adalah contoh-contoh aktiviti pembelajaran berasaskan Pembelajaran abad ke-21. 

 
1. Round Table
2. Think-Pair-Share
3. Hot Seat
4. Deklamasi Sajak/ Nanyian
5. Pembentangan Hasil Sendiri
6. Role Play
7. Gallery Walk
8. Three Stray, One Stay
9. Lain-Lain
10. Peta i-Think
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...