1. Rasulullah SAW bersabda: "Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 darjat." (HR Bukhari dan Muslim)
2. Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa
yang solat berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit matahari
kemudian solat 2 rakaat (sunat dhuha) maka ia akan mendapat pahala haji
dan umrah yang sempurna." (HR Tirmidzi)
3. Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa
yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang
mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya
seperti orang yang mengerjakan umrah sunat." (HR At-Tabrani)
4. Rasulullah SAW bersabda: "2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya." (HR Muslim & Tirmidzi)
5. Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka." (HR At-Tabrani)
6. Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya
apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua
dosa-dosanya di atas kepala dan kedua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau
sujud akan berjatuhanlah dosa-dosanya itu." (HR At-Tabrani)
7. Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa
yang tetap mengerjakan solat sunat sebelumdan selepas zohor sebanyak 4
rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka." (HR Abu Daud & Tirmidzi)
8. Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang berwuduk dengan sempurna maka keluarlah dosa dari tubuhnya sehingga dari bawah kukunya juga." (HR Muslim)
9. Rasulullah SAW bersabda: "Malaikat
akan berdoa untuk kamu selama kamu masih berada didalam masjid dan
melakukan solat dan selama kamu tidak berhadas. Berkata Malaikat "Ya
Allah, ampunilah dia dan turunkanlah rahmatMu kepadanya." (HR Bukhari)
10. Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa
yang solat Isyak berjemaah maka bagaikan bangun (beribadah) malam dan
(pada esok paginya) ia mengerjakan solat Subuh secara berjemaah juga
maka (pahalanya) bagaikan bangun semalaman (penuh)." (HR Muslim & Ahmad)
11. Rasulullah SAW bersabda: "Apabila
kamu rasa ada angin di dalam perutmu kemudian kamu ragu adakah ianya
telah keluar atau belum, maka janganlah keluar dari solatmu sehingga
jelas terdengar bunyi atau tercium baunya." (HR Muslim)
12. Rasulullah SAW bersabda: "Tidak
takutkah orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam (mengangkat
kepalanya), kelak akan digantikan kepalanya dengan kepala keldai." (HR Muslim)
13. Rasullulah SAW bersabda: "Solat dengan bersiwak (mengosok gigi) lebih afdhal(baik) dari 70x solat tanpa siwak." (HR Zanjawaih & Hakim)
14. Rasullulah SAW bersabda: "Solat
sunat atau fardhu dengan memakai serban menyamai 25x solat yang tidak
memakai serban dan solat Jumaat dengan memakai serban menyamai 70x
Jumaat tanpa memakai serban." (HR Ibn' Asakir)
15. Rasulullah SAW bersabda: "Malaikat sentiasa berdoa untuk kamu selama ia berada di tempat yang ia sembahyang padanya, selagi ia tidak berhadas." (HR Bukhari & Muslim)
16. Rasulullah SAW bersabda: "Apabila imam bangun dari rukuk serta membaca doa, maka hendaklah kamu membaca 'Allahuma Rabbana lakal hamdu' kerana sesiapa yang berkebetulan bacaannya dengan bacaan Malaikat, nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu." (HR Bukhari & Muslim)
17. Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang berwuduk padahal ia masih ada wuduk, maka dicatat untuknya sepuluh hasanat." (HR Abu Daud)
========
Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Rabi’ah, mintalah kepadaku”. Aku berkata: “Wahai Rasulullah biar aku fikirkan sebentar. Lalu aku mengingat-ingat dunia serta kefanaannya sehingga aku berkata: “Aku tidak akan meminta kecuali akhirat. Kemudian aku mendatangi Baginda SAW dan berkata: “Aku meminta supaya aku boleh menemanimu di syurga. Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Rabi’ah adakah yang selain dari itu? Aku menjawab: Itu saja. Maka Rasulullah SAW bersabda lagi: Berjanjilah untuk kamu mengendalikan hawa nafsumu dan banyakkan sujud (nescaya kamu akan menemaniku di syurga).” (Muslim) Juga diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bahawa Baginda bersabda: Apabila seorang hamba bersembahyang, dibawa dosa-dosanya lalu diletakkan di atas kepalanya ataupun tengkuknya, maka setiap kali dia ruku’ atau sujud, maka gugurlah dosa itu daripadanya.
Satu hari Rasulullah pada musim luruh s.a.w. berjalan bersama sahabat, lalu daun gugur ke bumi. Baginda berkata “Dosa gugur sama seperti gugurnya daun dari pokoknya”
Abu Usman r.a berkata, “Pada suatu hari Salman r.a dan aku sedang duduk di bawah sepohon kayu. Beliau ambil sebatang ranting kering dari pohon tersebut lalu menggoncang-gongcangkannya hingga kesemua daunnya gugur. Kemudia kata beliau padaku, “Hai Abu Usman! Mengapa kamu tidak tanya aku kenapa aku berbuat demikian ini?” Sahutku, “Sila khabarkanlah padaku.” Kata beliau, “Beginilah Rasulullha s.a.w. lakukan dihadapanku semasa ku bersamanya di bawah sepohon kayu. Baginda ambil ranting kering pohon tersebut lalu menggoncang-goncangkannya hingga kesemua daunnya gugur seraya Baginda s.a.w bersabda, “Wahai Salman! mengapa kamu tidak tanya kenapa aku buat demikian ini?” Sahutku, “Silakan khabarkanlah padaku kenapa Baginda buat begini.” Sabda Baginda s.a.w. “Bahawasanya apabila seorang Islam mengambil wudhu dengan sempurna, kemudian dia laksanakan solat lima kali sehari, maka dosa-dosanya gugur seperti mana daun-daun ini gugur.” Lantas Baginda s.a.w membaca ayat Al-Quran (yang mafhumnya),

”Dirikanlah solat pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam, sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapuskan perbuatan-perbuatan yang buruk (dosa); itulah peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat” (Surah Hud, Ayat 114)
No comments:
Post a Comment