Tuesday, 14 February 2017

Dakwah Sekolah-sekolah KPM Peringkat Kebangsaan Tahun 2017



Sila klik di sini untuk muat turun dokumen pertandingan KDSS KPM 2017

Download secara berasingan :

1. Sila klik di sini untuk muat turun dokumen pertandingan Acara Murid Orang Asli 2017

2. Sila klik di sini untuk muat turun dokumen pertandingan Acara Qiraat Sabi'ie Bit Tarannum dan Kalimatus Sobah 2017

3. Sila klik di sini untuk muat turun dokumen pertandingan Acara Nasyid Rendah dan Menengah 2017




Karnival Dakwah Sekolah-sekolah KPM peringkat kebangsaan adalah program berbentuk pertandingan yang dilaksanakan oleh Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia yang menggabungkan beberapa program dalam satu program khas iaitu yang meliputi acara dari :

1. Majlis Ihtifal Sekolah-sekolah (MISS) KPM
2. Karnival Dakwah Murid Orang Asli Sekolah-sekolah KPM.
3. Festival Nasyid Sekolah-sekolah (FNSS) KPM.

OBJEKTIF
1.1          Menanam minat membaca, menghayati dan mengamalkan isi kandungan al-Quran dalam kalangan murid.
1.2          Memperkukuhkan penguasaan Pendidikan Islam, Al-Quran dan Bahasa Arab dalam kalangan murid sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.3          Mengembangkan bakat dan potensi pelajar ke arah melahirkan  murid yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Spritual selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.
1.4      Menjana kemenjadian murid dan memiliki sahsiah terpuji selari dengan aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
MAKLUMAT PROGRAM
2.1          Nama Program
 Karnival Dakwah Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan Tahun 2017.
2.2          Tarikh Pelaksanaan
akan dimaklumkan kelak
2.3          Pengelola
          JPN Perak
2.4          Tema
           akan dimaklumkan kelak
2.5          Acara yang dipertandingkan:
2.5.1      Tilawah Al-Quran (Murid Orang Asli Sekolah Rendah) Lelaki & Perempuan
2.5.2     Hafazan Al-Quran (Murid Orang Asli Sekolah Rendah) Lelaki & Perempuan
2.5.3      Bercerita Kisah dari Al-Quran (Murid Orang Asli Sekolah Rendah) Lelaki & Perempuan
2.5.4      Nasyid (Murid Orang Asli Sekolah Rendah)
2.5.5      Qiraatus Sab’ie Bit Tarannum (MISS Menengah Atas)
2.5.6      Kalimatus Sobah (MISS Menengah Atas)
2.5.7      Nasyid Sekolah-sekolah KPM (Rendah dan menengah)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...