Pages
- Utama
- PROGRAM j-QAF
- e-Pelaporan
- Mahrajan j-QAF
- Pautan Penting
- MISS
- MTQSS & Festival Nasyid
- Instrumen Pemantauan
- PAFA
- PKSR
- Kurikulum Menengah
- Kurikulum Rendah
- Surat Pekeliling
- Dasar KPM
- Semasa :Program Unit Pendidikan Islam
- Downloads / Muat Turun
- Berita Semasa
- Tazkirah
- Isu Semasa Pendidikan
- Taklimat Penting
Tuesday, 27 December 2016
Wednesday, 2 November 2016
LDP Pedagogi Alaf 21 ~ Pembuka Tirai LDP Guru-Guru SMKPP
Menjelang abad 21 kini pelbagai teknologi baru digunakan untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran (pdp) .
Maka , mulai 2015 ini semua guru digalakkan untuk menggunakan pendekatan baru bagi memantapkan pdp di dalam kelas . Untuk itu semua guru SMKPP telah hadir dalam sessi LDP pertama pada tanggal 30hb Disember 2014 lalu bagi memantapkan pengetahuan mengenai pelaksanaan pedagogi Alaf 21 .
Dua fasilitator yang juga guru SMKPP dan seorang lagi guru dari SMK Intan Perdana iaitu Pn. Bibi Sarah Binti Hasrap dan juga Pn. Maznira Binti Mohd Kuzin telah berkongsi ilmu mengenai pedagogi yang bakal dilaksanakan.
Info PdP Alaf 21 ;(Dapatan daripada LDP)
- PdP alaf 21 mempunyai tujuh teras utama pedagogi iaitu ;
1. Perancangan Pengajaran , Kandungan dan Penyampaian
2. Mencipta persekitaran Pengajaran yang positif
3. Pentaksiran untuk Pembelajaran
4. Pembelajaran Kolaboratif dan Koperatif
5. Kemahiran Penyoalan dan Berfikir
6. Pembezaan
7. Pengetahuan Profesional dan Refleksi
Ciri-ciri Pedagogi Alaf 21
2. Mencipta persekitaran Pengajaran yang positif
3. Pentaksiran untuk Pembelajaran
4. Pembelajaran Kolaboratif dan Koperatif
5. Kemahiran Penyoalan dan Berfikir
6. Pembezaan
7. Pengetahuan Profesional dan Refleksi
Ciri-ciri Pedagogi Alaf 21
- PdP alaf 21 menekankan pembelajaran secara koperatif dan koloboratif , manakala guru bertindak sebagai fasilitator di dalam kelas.
- Susun atur kerusi meja di dalam kelas pula adalah berbentuk kumpulan , bagi memudahkan murid berbincang dan berinteraksi antara satu sama lain. Pendekatan pengajaran menggalakkan penggunaan teknologi maklumat (ICT) sesuai dengan peredaran masa yang kini terdedah dengan internet dan aplikasi media yang lain.
- Guru perlu menulis objektif pembelajaran di papan putih supaya murid jelas matlamat aktiviti yang dijalankan .
- melibatkan persekitaran pembelajaran emosi dan pembelajaran fizikal
PERSEKITARAN PEMBELAJARAN EMOSI :
- Guru menetapkan peraturan murid perlu mematuhi peraturan dan rutin yang ditetapkan .
- Murid ditekankan dengan ganjaran dan akibat
- Guru mempamer dan menggalakkan harapan yang jelas dan tinggi berdasarkan rasa hormat, penghargaan , empati dan persefahaman
- Bahasa positif , kata - kata semangat dan motivasi perlu ada dalam pdp.
- Sessi pdp diadakan dalam keadaan selesa, selamat , cekap dan mesra
- Susun atur melibatkan pembelajaran berpusatkan murid , sesuai dengan usia dan mata pelajaran
- Menyediakan peluang murid akses sumber pembelajaran
- Bahan pembelajaran dan hasil kerja murid dipamerkan.
PERBEZAAN DI ANTARA PEDAGOGI KONVENSIONAL DAN ALAF 21
Dimensi
|
KONVENSIONAL
|
ALAF 21
|
ASAS PEDAGOGI
|
Memberi maklumat
|
Membina maklumat
|
FOKUS PEMBELAJARAN
|
Isi Pelajaran
|
Belajar untuk belajar
|
STRATEGI PEMBELAJARAN
|
Berinteraksi
|
Bekerjasama dan berinteraksi
|
MATLAMAT PEMBELAJARAN
|
kawalan luaran
|
Autonomi
|
TEORI PEMBELAJARAN
|
Tingkah laku
|
kognitif
|
PERANAN GURU
|
Mengajar
|
Fasilitator
|
KAEDAH PENGAJARAN
|
Terhad
|
Terbuka
|
PENDEKATAN PEMBELAJARAN
|
Luaran
|
Mendalam
|
STRUKTUR PEMBELAJARAN
|
Tetap
|
Fleksibel
|
MODEL PENGAJARAN
|
Berpusatkan guru
|
Berpusatkan murid
|
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
|
Pemindahan maklumat
|
Pertukaran idea/pemikiran
|
KAEDAH PEMBELAJARAN
|
Pasif
|
Aktif
|
Dapatan daripada LDP ini maka dapat dirumuskan ;persediaan berikut untuk melaksanakan pdp abad ke 21 ;
1. Guru menunjukkan dan memberitahu objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan kepada semua murid di dalam kelas sebelum memulakan sessi pdp. [Guru boleh menulis dan menampal objektif dan kriteria kejayaan itu di atas papan tulis.] Murid lihat dan baca.
~ Objektif pembelajaran ditulis lebih umum .
manakala kriteria kejayaan ditulis secara khusus.
Contoh :
Objektif pembelajaran : Murid dapat menyenaraikan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia .
Kriteria kejayaan : Murid dapat menyenaraikan lima negeri -negeri di Semenanjung Malaysia.
2. Lampu isyarat( atau dipanggil traffic light) - diperbuat daripada kadbod/ manilakad atau kad berwarna dan mempunyai icon wajah yang menggambarkan faham , kurang faham dan tidak faham . Ia bagi kegunaan murid menunjukkan aras pemahaman mereka sekaligus membantu guru mengecam murid yang kurang memahami subjek yang diajar.
contoh icon traffic light : Guru boleh perbanyakkan icon ini untuk diberi kepada semua murid untuk menggambarkan kefahaman mereka kepada guru semasa sessi pembelajaran berlangsung.
.i) menggambarkan faham
icon ini murid tunjuk pada guru - menggambarkan " saya faham cikgu"
ii) menggambarkan tidak faham
icon ini murid tunjuk pada guru - menggambarkan " saya tidak faham cikgu"
iii) menggambarkan masih keliru atau kurang faham
icon ini murid tunjuk pada guru - menggambarkan " saya masih keliru cikgu"
3. Anchor activiti : aktiviti pengukuhan bagi murid yang sudah memahami pembelajaran , boleh meneruskan aktiviti pengukuhan dengan menggunakan latihan yang disediakan dalam sudut anchor aktiviti.
4. Parking Lot - untuk kegunaan murid yang malu bertanya jika tidak faham apa yang guru sampaikan boleh menulis mesej / soalan yang mahu ditanya kepada guru dan menampal kertas itu di board yang dinamakan 'parking lot'.
5. Sudut hasil kerja murid perlu diwujudkan bagi mempamerkan hasil kerja murid pada hari guru mengajar. Sudut ini boleh diadakan di sudut matapelajaran supaya semua murid dapat berkongsi hasil kerja rakan mereka.
6. Papan ganjaran - Murid yang bergerak secara berkumpulan boleh dimotivasikan dengan papan ganjaran , di mana jika kumpulan berjaya memenuhi kehendak guru atau memenuhi kriteria kejayaan dalam pdp pada hari berkenaan boleh diberi ganjaran / bintang untuk ditampal di atas papan ganjaran.
Ini menggalakkan sikap ingin berlumba sesama mereka bagi mendapatkan ganjaran /.
* Satu perkara yang perlu diambil perhatian oleh semua guru ialah, pedagogi abad ke 21 tidak semestinya menggunakan laptop serta LCD tetapi yang utama adalah pdp itu berpusatkan murid dan guru bertindak sebagai fasilitator.
Berikut adalah contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) pdp abad ke 21 untuk panduan semua guru;
Subjek :
BAHASA MELAYU
|
Tarikh :…………………………….
|
||||||||
Tema : (Dari teks)
|
Masa :…………………………….
|
||||||||
Topik : Karangan Fakta (cth)
|
Bil. Murid:……………………………..
|
||||||||
Kemahiran Bahasa :
Mendengar/Bertutur/Membaca/ Menulis
|
Kelas
:……………………………..
|
||||||||
Sistem Bahasa: Tatabahasa/ kosa kata/ ejaan/sebutan
& intonasi/Peribahasa
|
Ilmu:
|
||||||||
FU:
|
Nilai:
|
||||||||
FS:
|
KBT:
|
||||||||
Objektif Pembelajaran (LO)
|
|||||||||
Pada akhir pelajaran,
murid-murid akan dapat:
|
(mesti boleh diukur)
|
||||||||
Kriteria Kejayaan (SC)
|
|||||||||
Murid akan berjaya jika mereka boleh:
|
Ikut aras pelajar – lemah,
sederhana,cemerlang
|
||||||||
Penilaian
Pembelajaran (PBS)
|
|||||||||
|
|||||||||
Konsep Penting/ Kosa
Kata/ Frasa Menarik
|
BBM/ Sumber
|
||||||||
Cth: IMBaKUP
|
|
||||||||
Rangka Perancangan
|
|||||||||
Individu
|
|
|
|||||||
Pasangan
|
|
||||||||
Kumpulan
|
|
||||||||
Keseluruhan
|
|
||||||||
Aktiviti
|
Individu
|
|
|
||||||
Pasangan
|
|
||||||||
Kumpulan
|
|
||||||||
Keseluruhan
|
|
||||||||
Plenari
(Penutupan)
|
Individu
|
|
Cth: Guru meminta murid membuat
rumusan tentang pelajaran pada hari itu.
|
||||||
Pasangan
|
|
||||||||
Kumpulan
|
|
||||||||
Keseluruhan
|
|
||||||||
Kerja Rumah
|
Cth. Menulis karangan yang lengkap
|
||||||||
Impak/ Refleksi
|
|||||||||
Pencapaian objektif Pembelajaran
|
Tindakan susulan
|
Penambahbaikan PdP
|
|||||||
23/25 orang murid mencapai
objektif
|
2 orang murid lagi akan diberi
bimbingan selanjutnya.
|
i.
BBM yang
lebih sesuai
|
|||||||
Monday, 24 October 2016
Peta Pemikiran iTHINK
Program iTHINK telah diperkenalkan sejak tahun 2012 di
beberapa buah sekolah perintis. Pada tahun 2013, beberapa buah sekolah
lagi telah dipilih sebagai sekolah perintis dan SMK Putatan adalah salah
sebuah sekolah yang dipertanggungjawabkan untuk membawa iTHINK ke dalam
PdP.
Sebenarnya bahan di bawah ini adalah bahan tahun lepas yang saya kongsi sekarang.
- Helaian Edaran contoh-contoh lapan peta pemikiran iTHINK yang saya sediakan untuk rujukan guru-guru yang melatih pelajar-pelajar ketika sesi kursus dan bengkel ithink peringkat pelajar . Muatturun contoh Cikgu Rithuwan – 8 peta pemikiran ithink fail PDF di sini.
- Lagu Tema Rasmi Pelancaran Program iTHINK SMK Putatan. Liriknya dicipta bersama oleh saya, En. Rithuwan dan Pn. Norsiah. Lagu dan melodi oleh saya juga di samping bantuan muzik Pn. Veronica. Nak dengar lagu serta membaca liriknya? Sila klik sini.
- Modul Contoh Peta Pemikiran iTHINK untuk Prinsip Perakaunan Tingkatan Empat : [ Bab 1 ] [ Bab 2 ] – lembaran edaran
- Modul Contoh Peta Pemikiran Berjawapan / Hasilan untuk Prinsip Perakaunan Tingkatan Empat : [ Satu sahaja ]
i-THINK
iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran
Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran
berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif,
kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10
buah sekolah sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia.
Kenapa Diwujudkan Program iTHINK?
Pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati
kedudukan Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik.
Kajian mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk
mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program iTHINK ialah adalah
bertujuan untuk melahirkan modal insan
masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta
memupuk kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT) dan mampu berdaya saing.
Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program iTHINK.
Peta Pemikiran
Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan
dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami
merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8
jenis peta pemikiran yang boleh digunakan.
Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan
pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut
konteks.
Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi
mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan
deskriptif atau huraian.
Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu
Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.
Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal.
Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada
bahagian kedua adalah bahagian utama.
Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.
Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis
hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa
yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut,
manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.
Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar
untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.
Thursday, 20 October 2016
Wednesday, 19 October 2016
KSSR & KSSM Semakan Mulai Tahun 2017, Apa Perubahan Yang Berlaku?
Bermula pada tahun 2017, terdapat beberapa perubahan pada Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan.
Antara perubahan tersebut adalah :
- Gabungan mata pelajaran pendidikan seni dan pendidikan muzik yang dikenali sebagai Pendidikan Kesenian. Peruntukan waktu Pendidikan Kesenian ialah 2 jam seminggu.
- Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan digabungkan menjadi Pendidikan Jasmani & Kesihatan. Peruntukan waktu Pendidikan Jasmani & Kesihatan ialah 1.5 jam seminggu.
- Perubahan kepada subjek Dunia Sains dan Teknologi yang dikenali sebagai Sains. Perubahan ini mungkin disebabkan pengguguran elemen TMK @ Teknologi daripada kurikulum.
- Pertambahan 1 masa bagi subjek Sains tahun satu iaitu daripada 2 masa kepada 3 masa.
- Mengekalkan tafsiran mata pelajaran mengikut TERAS, WAJIB dan TAMBAHAN sebagaimana peruntukan Peratura-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997.
- BCSK dan BTSK dimasukkan dalam senarai Mata Pelajaran Tambahan bersama-sama dengan Bahasa Arab dan lain-lain, dengan peruntukan 1 jam seminggu.
- Peruntukan waktu 1 jam bagi BCSK/BTSK dipindahkan kepada mata pelajaran Sains. Peruntukan waktu bagi mata pelajaran Sains kini menjadi 2 jam seminggu.
Mata Pelajaran & Peruntukan Waktu Tahap 1 (Semakan) |
Mata Pelajaran & Peruntukan Waktu Tahap 2 (Semakan) |
- Turut berlaku perubahan di dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
Pembelajaran di sekolah menengah perlu berlaku secara mendalam:
- Membolehkan murid mendapat pengalaman bermakna dan memperoleh kefahaman yang tinggi;
- Menggunakan pendekatan inkuiri melalui aktiviti seperti pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran berasaskan masalah dan pendekatan STEM, ke arah penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
- KBAT diaplikasikan dalam p&p semasa melaksanakan pembelajaran secara mendalam.
MUAT TURUN SLIDE BPK UNTUK RUJUKAN:
Subscribe to:
Posts (Atom)