Kebahagiaan
kita tidak terletak pada harta,tidak pada penampilan diri, tidak juga
pada gemerlap perhiasaan dan keindahan dunia.Ukuran kebahagiaan terkait
erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba redha Tuhannya.
-Assyahid Hasan al-Banna-
Sesiapa
yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia maka dia hendaklah
mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain. Dan dia
hendaklah memperelokkan setiap tindak tanduknya seharian sebelum
memperelokkan dengan lidah. Dan sesiapa yang mengajar dirinya sendiri
serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan daripada
mereka yang mengajar dan memperelokkan manusia yang lain.
Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.
Orang
akan tetap menjadi ahli ilmu yang sejati selama dia masih menuntut.
Tetapi apabila pada suatu ketika dia berkata "Aku sudah pintar", maka
sesungguhnya dia sudah menjadi bodoh dengan sendirinya
Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal.
-Saidina Ali bin Abi Talib-
-Luqman Hakim-
No comments:
Post a Comment